Keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia

Mansor Mohd. Noor and Khairul Ghufran B. Kaspin (2015) Keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB).

[img]
Preview
Text
Keberkesanan_mata_pelajaran_sejarah_dalam_membina_etos_bangsa_generasi_muda_di_Malaysia.pdf

Download (49kB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih sebagai lokasi kajian. Pemilihan responden pula adalah seramai 400 ratus pelajar yang dipilih secara rawak dari empat fakulti terpilih yang dikategorikan sebagai fakulti A, B, C, dan D. Setiap 100 orang responden dipilih dari setiap fakulti dan pemilihan responden dikategorikan mengikut etnik masingmasing seperti Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Cina dan India. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Data dan analisis kajian ini dinilai dan disemak terlebih dahulu oleh pakar yang terdiri dari individu yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran dan mempunyai gelaran Professor dan Professor Madya. Data kajian yang diperolehi dihurai dalam bentuk peratus dan analisis varians. Dari segi peratus, hasil kajian yang diperolehi mendapati responden tanpa mengira etnik yang terlibat dalam kajian ini mencatat peratus melebihi 50% untuk kesemua bahagian. Untuk bahagian rangkuman isi kandungan buku teks dan konsep negara idaman, etnik Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak telah mencatat keputusan melebihi 60%. Manakala untuk bahagian konsep etos bangsa, responden tanpa mengira etnik telah mencatat keputusan melebihi 75%. Dari segi analisis varians, kajian ini juga mendapati bahawa faktor-faktor seperti etnik dan agama menunjukkan perbezaan yang signifikan kepada responden dalam memberi maklum balas mengenai keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa dalam kalangan generasi muda. Manakala faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan fakulti pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Justeru, berdasarkan hasil dapatan kajian ini, tahap keberkesanan mata pelajaran sejarah dalam membina etos bangsa generasi muda di Malaysia adalah baik. Namun, hasil dapatan yang diperolehi ini perlu ditingkatkan lagi dari masa ke semasa, terutamanya dari segi kefahaman terhadap isi kandungan buku teks sejarah agar minda generasi muda terus terbina dengan kukuh terhadap kefahaman mereka tentang sejarah negara. Ditambah lagi dengan komposisi penduduk di Malaysia yang berbilang etnik.

Item Type: Article
Keyword: Mata pelajaran sejarah; etos bangsa; etnik dan sejarah negara
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 Feb 2017 11:20
Last Modified: 11 Oct 2017 11:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15832

Actions (login required)

View Item View Item