Kesepaduan sosial dan kejiranan di kawasan rukun tetangga

Mohd Syariefudin Abdullah and Mohd Mahadee Ismail and Mansor Mohd Noor (2013) Kesepaduan sosial dan kejiranan di kawasan rukun tetangga. Jurnal Kinabalu (eJK), 19.

[img]
Preview
Text
Kesepaduan_sosial_dan_kejiranan_di_kawasan_rukun_tetangga.pdf

Download (41kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang konsep kesepaduan sosial, kejiranan dan rukun tetangga dan selanjutnya mengupas peranan penting kawasan kejiranan Rukun Tetangga sebagai lokasi yang dapat mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Realiti masyarakat di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai etnik terutama di kawasan bandar. Pembentukan komuniti di kawasan bandar adalah berkait rapat dengan pemodenan. Pemodenan telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pembentukan masyarakat dan komuniti. Walau bagaimanapun, dalam mendepani pembentukan dan pembinaan komuniti melalui perubahan yang berlaku dari segi sosial dan ekonomi terutamanya dengan perkembangan teknologi dan penemuan internet, ia mewujudkan pelbagai bentuk komuniti dalam komuniti itu sendiri. Kajian yang mendalam seharusnya dilakukan untuk melihat impak bentuk-bentuk komuniti kepada kesepaduan sosial. Keadaan ini jelas, iaitu bentuk-bentuk komuniti yang pelbagai telah mempengaruhi kesepaduan sosial dalam masyarakat.

Item Type: Article
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 Feb 2017 11:21
Last Modified: 11 Oct 2017 11:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15835

Actions (login required)

View Item View Item