Apresiasi seni dan pencirian pakaian tradisional etnik dalam karya catan pelukis Sabah

Suzana Fadzil (2016) Apresiasi seni dan pencirian pakaian tradisional etnik dalam karya catan pelukis Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Apresiasi seni dan pencirian.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini merupakan kajian mengenai apresiasi dan penCirian terhadap penampilan imej pakaian tradisional di dalam karya catano Pemilihan karya catan adalah dari koleksi tetap Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah dari kumpulan koleksi Karya Pilihan Tahunan dari tahun 1985 hingga tahun 2010. Bilangan karya sebagai bahan kajian berjumlah 35 buah dari hasil 33 pelukis tempatan. Penyelidik . menganalisis imej pakaian tradisi di dalam sesuatu karya dari segi pengenalan identiti pakaian, pencirian pakaian, konsep pakaian dalam catan dan inspirasi pelukis terhadap pakaian sebagai budaya benda dalam pengkaryaan. Pakaian merupakan suatu benda yang sangat penting sebagai tanda peradaban dan menangani konflik indentiti sesebuah masyarakat atau etnik. Kajian mengenal pasti identiti, mencirikan pakaian tradisional dan ornamen dalam karya seni catan koleksi Balai Seni Lukis Sabah. Selain itu kajian ini dapat menganalisis bentuk, isi, makna dan klasifikasi karya berdasarkan kriteria penampilan imej pakaian tradisional dalam penilaian diskripsi setiap karya catano Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui penglibatan penyelidik secara terus di lapangan melalui rekod maklumat dan temu bual bersama pelukis dan pereka pakaian tradisional Sabah. Kajian ini memberikan keterangan apresiasi melalui pendekatan teori Feldman E.B,(1987:471) dan Erwin Panofsky (1892-1968) yang menggariskan satu kaedah yang mengelaskan pemerhatian imej kepada tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan tahap penilaian. Kriteria dianalisis dari segi penampilan gaya lakaran imej pakaian, ketepatan warna pakaian, kesesuaian imej dalam karya, penampilan pakaian sebagai simbol dan kelengkapan pakaian tradisional. Hasil kajian daripada 35 buah karya catan, terdapat 23 buah karya diklasifikasikan Tahap Cemerlang. Terdapat 8 buah karya ditahap baik dan 4 buah karya ·ditahap memuaskan. Tiada sebarang karya diklasifikasikan sebagai tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: art appreciation, traditional attire images, painting, Salai Seni Lukis Sabah
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:16
Last Modified: 20 Nov 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16858

Actions (login required)

View Item View Item