Penjana hidrogen/oksigen

Mohd Hermie Sahad (2010) Penjana hidrogen/oksigen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penjana_hiorogen.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan konsep elektrolisis air untuk meleraikan molekul air kepada gas hidrogen dan gas oksigen. Tujuan kajian ini ini dijalankan adalah untuk menilai kesan penggunaan arus ulang-alik terhadap peleraian molekul air dalam sistem penjana hidrogen/oksigen. Rekabentuk penjana hidrogen/oksigen turut diubahsuai. Dalam Kajian ini, perhubungan antara voltan keluaran dengan arus ulangalik, arus penguraian untuk terjadinya proses elektrolisis bagi arus jenis ulang-alik, dan kesan peningkatan arus ulang-alik terhadap pembebasan gas hidrogen dan gas oksigen dikaji. Daripada kajian ini, didapati nilai voltan adalah berkadar langsung dengan nilai arus apabila bekalan kuasa jenis arus ulang-alik digunakan. Bagi kadar penghasilan gas hidrogen dan gas oksigen pula, arus minimum yang diperlukan oleh model penjana hidrogen/oksigen yang direka untuk mula menghasilkan gas oksigen dan gas hidrogen ialah pada nilai arus sebanyak 1.5 A. Melalul analisis yang dibuat, didapati juga bahawa kadar penghasilan gas hidrogen dan gas oksigen adalah berkadaran terus dengan peningkatan arus. Kesimpulan yang dapat dibuat dalam kajian ini ialah penggunaan arus ulang-alik adalah lebih baik daripada penggunaan arus terus dalam sistem penjana hidrogen/oksigen.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water electrolysis, break water molecule, hydrogen gas, oxygen gas
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 10:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17025

Actions (login required)

View Item View Item