Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah menggunakan kaedah keberintangan geofizik di Sandakan, Sabah

Hasrila Larodding (2015) Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah menggunakan kaedah keberintangan geofizik di Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan kajian Geologi Am dan Kajian Keberintangan Elektrik untuk Mengenalpasti Potensi Air Bawah Tanah di Sekitar Sandakan, Sabah. Kawasan kajian ini termasuk dalam latitud 05°48' U sehingga 05°53' U dan longitud 118°01' T sehingga 118°06' T. Kawasan kajian merupakan Formasi Sandakan yang berusia Miosen Atas dan mempunyai endapan aluvium yang berusia Kuartener. Kajian geologi am merangkumi kajian geomorfologi Sandakan, sekitaran tektonik, geologi struktur, stratigrafi, sedimentologi dan petrografi batuan Sandakan. Kajian geofizik melibatkan kajian keberintangan menggunakan protokol Schlumberger dengan menggunakan peralatan ABEM Terrameter LS. Jarak bukaan wayar survei adalah sepanjang 400 m. Potensi air bawah tanah boleh diketahui dengan menganalisa nilai keberintangan batuan di subpermukaan di sekitar kawasan kajian dengan bantuan perisian RES2DINV yang melibatkan data dalam bentuk keratan rentas 2-D yang melibatkan proses penyongsangan (inversion process). Sebanyak lima stesen telah dipilih di sekitar kawasan kajian untuk dilakukan kajian keberintangan. Berdasarkan kajian keberintangan yang telah dilakukan pada ke lima-lima stesen, nilai keberintangan bahan bumi subpermukaan telah diketahui dan sekaligus berjaya mengenalpasti potensi air bawah tanah. Hasil penemuan kajian mendapati bahawa kelima-lima stesen yang dilakukan analisis keberintangan mempunyai potensi air bawah tanah. Analisis hidrogeologi iaitu analisis keporosan dan analisis keboletelahpan telah dilakukan ke atas sampel tanah dari singkapan Formasi Sandakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geology, Electrical Resistivity Survey, Groundwater, alluvial deposits
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 21 Nov 2017 13:47
Last Modified: 21 Nov 2017 13:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17493

Actions (login required)

View Item View Item