Nur Amalina Adam (2014) Sintesis dan pencirian mangkin monologam CoO/AJ203. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Sintesis dan pencirian mangkin monologam CoOAJ203.pdf Download (729kB) | Preview |
Abstract
Mangkin monologam CoO/A1203 telah dihasilkan dengan menggunakan tiga parameter yang utama. Tiga parameter tersebut adalah kaedah penyediaan iaitu solgel dan impregnasi, suhu kalsinasi pada 400°C dan 450°C, dan bahan pemula iaitu nitrat dan sitrat. Dalam kajian kestabilan terma, tiga fasa hablur utama yang dicirikan iaitu Co pada theta 65.22°, CoO pada theta 36.82° dan Co3O4 pada theta 59.34°. Daripada fasa hablur ini, CoO pada (theta 36.82°) adalah fasa aktif mangkin dengan fasa hablur (111) yang mana sistem hablur adalah monoklinik. Daripada kajian kristalografi ini didapati mangkin yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah solgel dan nitrat sebagai bahan pemula memberikan saiz hablur fasa (111) 12.02 nm. Manakala suhu kalsinasi pada 400°C juga adalah suhu terbaik dalam menghasilkan saiz hablur fasa (111) yang tinggi. Kajian kestabilan terma juga didapati mangkin CoSN1 iaitu mangkin yang disediakan dengan teknik sol-gel dengan menggunakan nitrat sebagai bahan pemula dan suhu kaksinasi 400°C memberikan kestabilan haba yang tinggi. Kajian morfologi mendapati, terkandung partikel saiz mikro dengan taburan yang lebih homogen pada tekstur morfologi mangkin tersebut. Disimpulkan bahawa mangkin CoSN1 mempunyai sifat pemangkinan yang tinggi dan mampu menghasilkan pilihan produk yang terbaik dalam penghasilan tindakbalas proses Fischer-Tropsch.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Monometallicc atalyst, so/-gel method , nitrate |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 21 Nov 2017 13:46 |
Last Modified: | 21 Nov 2017 13:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17531 |
Actions (login required)
View Item |