Amansa Amming (2013) Pengalaman mengajar guru, iklim sekolah dan efikasi guru sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Pengalaman mengajar guru, iklim sekolah .pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu bidang major pengajian dan pengalaman mengajar terhadap iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers' Sense of Efficacy Scale yang melibatkan 150 orang guru di 5 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan sebagai sampel kajian. Analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara iklim sekolah dengan efikasi guru iaitu pada aras p< .01 (r=.306). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan iklim sekolah kerana korelasi pearson, r=-.172 dan p<.05. Namun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan efikasi guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan iklim sekolah dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan antara bidang major pengajian dan iklim sekolah, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang major pengajian dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang major pengajian dengan iklim sekolah dan efikasi guru. Hipotesis nul diterima. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan supaya guru-guru terlatih dalam bidang major pengajian perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif dan produktif.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | School climate, Teacher efficacy, field learning major, teaching experience, secondary school teacher |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 21 Nov 2017 13:44 |
Last Modified: | 21 Nov 2017 13:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17604 |
Actions (login required)
View Item |