Literasi awal (BM) dari aspek kemahiran menulis murid prasekolah di kawasan pedalaman berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Catharina Andreas (2013) Literasi awal (BM) dari aspek kemahiran menulis murid prasekolah di kawasan pedalaman berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Literasi awal.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar Iingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk membantu meletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan daya cipta yang dipertukan oleh anak didik dalam menyesuaikan did dengan lingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan dan permasalahan literasi awal dad aspek kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di kawasan pedalaman Sabah berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Sandard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian kualitatif ini menggunakan document review, pemerhatian dan temubual sebagai kaedah pengumpulan data. Informan dipilih berdasarkan persampelan purposif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran kanak-kanak prasekolah perlu melalui peringkat pembelajaran yang dirancang secara, sistematik kelemahan atau permasalahan dapat dikesan dad peringkat awal ia melalui tahap perkembangan kemahiran tersebut. Data temu bual menunjukkan bahawa sikap positif kanak-kanak membantu ke arah perkembangan yang baik dalam aspek yang dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Implementation of KSPK, early literacy skills of writing, the development of writing skills, writing skills problems
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 13:14
Last Modified: 23 Nov 2017 13:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17615

Actions (login required)

View Item View Item