Abdul Rahman Lamjan Ali (2013) Kesan penggunaan koswer pengajaran fizik terhadap pencapaian dan minat pelajar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Kesan penggunaan koswer.pdf Download (15MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji Kesan Penggunaan Koswer Pengajaran Fzik Terhadap Pencapaiand an Minat pelajar bagi tajuk Daya dan Keseimbangan Daya. Reka bentuk kajian ialah Kuasi-Eksperimen P. emahamank onsepd iukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian ujian berdasarkan kategori kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Koswer Pengajaran dan kumpulan yang diajar menggunakan cara tradisional. Kajian ini melibatkan 61 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains tulen di salah sebuah sekolah pinggir bandar di Kota Kinabalu yang mengambil mata pelajaran Fzik. Instrumen kajian yang digunakan ialah 20 soalan pencapaian berbentuk objektif dengan empat pilihan jawapan dan 33 item soal selidik yang dibina berasaskan skala likert 5 mata. Soalan objektif dibina bagi melihat perbezaan skor pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Soalan tersebut juga digunakan untuk melihat perbezaan min markah pelajar lelaki dan min markah pelajar perempuan dalam kumpulan rawatan yang sama. Begitu juga perbezaan min markah sebelum dan selepas menggunakan perisian Fzik yang dijalankan secara pra ujian dan pasca ujian. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi min markah yang diperolehi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Juga terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah yang diperolehi oleh pelajar lelaki dengan min markah yang diperolehi oleh pelajar perempuan. Semua hasil kajian ini diperolehi berdasarkan ujian-t sating tak bersandaran.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Physics, Teaching Courseware, interest, achievement, students |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education Q Science > QC Physics |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Nov 2017 13:14 |
Last Modified: | 23 Nov 2017 13:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17624 |
Actions (login required)
View Item |