Nur Syafiqah Abdul Kadir Kunju (2016) Analisis kualiti udara berkaitan karbon monoksida, nitrogen dioksida, dan formaldehid di pasar malam Filipina. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Analisis kualiti udara berkaitan karbon monoksida, nitrogen dioksida, dan formaldehid di pasar malam Filipina.pdf Download (809kB) | Preview |
|
Text
Analisis kualiti udara berkaitan karbon monoksida, nitrogen dioksida, dan formaldehid di pasar malam Filipina.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Aktiviti memasak di pasar malam menyumbang kepada pencemaran udara di sesebuah kawasan. Kepekatan gas pencemar di dalam kajian ini diperolehi melalui persampelan data selama 8 jam berterusan mulai jam 2.30 petang hingga 10.30 malam di satu lokasi di kawasan pasar malam Filipina. Purata gas pencemar CO adalah lebih tinggl pada hari cuti berbanding hari bekerja iaitu 0.04 ppm berbanding 0.006 ppm. Kepekatan gas CO adalah lebih tinggi selepas pasar malam beroperasi berbanding sebelum dengan nilai 0.04 ppm pad a hari cuti dan 0.007 ppm pada hari bekerja. Data purata epekatan gas CO selama 8 jam berterusan pada hari cuti iaitu 45.7 \-Ig/m3 adalah melebihi had ditetapkan, manakala pada hari bekerja iaitu 6.9 \-Ig/m3 tidak melebihi had yang ditetapkan JAS. Bagi bacaan gas nitrogen dioksida, purata bacaan pad a han bekerja iaitu 0.0004 ppm adalah lebih tinggi berbanding hari cuti yang tidak menunjukkan sebarang bacaan. Kepekatan gas NOz didapati lebih tinggi selepas pasar malam beroperasi pada hari bekerja berbanding sebelum dengan nilai 0.0004 ppm. Data purata 1 jam kepekatan gas NOz pada han bekerja iaitu 5.6\-191m3 tidak melebihi had ditetapkan JAS. Bagi gas formaldehid, purata bacaan pada hari cuti adalah lebih tinggi berbanding han bekerja iaitu 0.18 ppm dan 0.07 ppm. Kepekatan CHCO adalah lebih tinggi selepas pasar malam beroperasi berbanding sebelum dengan nilai 0.18 ppm pada hari cuti dan 0.08 ppm pada hari bekerja. Data purata 8 jam kepekatan gas CHCO pada hari bekerja iaitu 0.18ppm dan hari cuti iaitu 0.07ppm adalah tidak melebihi had yang ditetapkan OSHA.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pollution, night markets, OSHA |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 03 Jan 2018 13:05 |
Last Modified: | 14 Dec 2020 11:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17885 |
Actions (login required)
View Item |