Penilaian perancangan dan kemampanan bandaraya kota kinabalu berdasarkan ciri-ciri bandar tulen, bandar makmur dan bandar mampan

Petrus Gandilau (2016) Penilaian perancangan dan kemampanan bandaraya kota kinabalu berdasarkan ciri-ciri bandar tulen, bandar makmur dan bandar mampan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penilaian perancangan dan kemampanan bandaraya kota kinabalu berdasarkan ciri-ciri bandar tulen.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tesis ini menilai prestasi perancangan Bandaraya Kota Kinabalu tahun 1914-2013 dan membuat ramalan bandar mampan pada tahun 2015. Penilaian prestasi perancangan bandar tahun 1914-2013 telah diukur dengan menggunakan alat-alat perancangan bandar yang berpadanan melalui masa iaitu syarat bandar tulen tahun 1914-1963, bandar makmur tahun 1964-2004, bandar mampan tahun 2005- 2012 dan kebahagiaan hidup tahun 2013. Ramalan bandar mampan bagi tahun 2015 dinilai dengan menggunakan data kemampanan bandar tahun 2005-2013. Data bandar tulen tahun 1914-1963, bandar makmur tahun 1964-2004 dan bandar mampan tahun 2005-2012, telah dipungut melalui kajian perpustakaan dan dianalisis dengan menggunakan excel. Data kebahagiaan hidup tahun 2013 telah dipungut secara rawak daripada 2,100 lorong dengan menggunakan borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21 dan Amos versi 21. Keputusan penilaian prestasi perancangan bandar tahun 1914-2013 dan ramalan bandar mampan tahun 2015 telah diperoleh dengan menggunakan purata penyelarasan skor markah alat-alat perancangan bandar dengan skala tahap pengamalan nilai. Keputusan penilaian prestasi perancangan bandar tahun 1914- 2013 menunjukkan pencapaian pada tahap cemerlang dan perlu dikekalkan serta memenuhi keperluan hidup penduduk. Ramalan prestasi perancangan bandar tahun 2015 adalah menuju kepada bandar mampan dengan prestasi perancangan bandar adalah pada tahap boleh diterima dan perlu ada peningkatan usaha. Mengikut analisis pengesahan faktor, semua pemboleh ubah tidak bersandar didapati sesuai untuk menjelaskan pemboleh ubah bersandar. Berdasarkan keputusan alfa cronbach, jawapan soalan dalam soal selidik adalah konsisten dan boleh dipercayai. Faktor kemudahan dan perkhidmatan mempunyai kepuasan hati penduduk yang tertinggi sekali, diikuti oleh lalu lintas dan tempat letak kereta, pengurusan pelanggan, persekitaran dan kesihatan dan akhir sekali kemudahan sosial. Semua pemboleh ubah tidak bersandar dapat meningkatkan kebahagiaan penduduk (hubungan positif) kecuali pemboleh ubah lalu lintas dan tempat letak kereta (hubungan negatif). Data primer dikutip secara rawak di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu 2013 daripada penduduk-penduduk yang mendapat khidmat pemungutan sampah sahaja iaitu yang membayar cukai pintu. Maklumat keputusan kajian ini dapat membantu pihak perancang bandar untuk membuat perancangan pembangunan, meningkatkan kebahagiaan hidup penduduk, menambah kawasan pemungutan sampah seterusnya meningkatkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan serta menjadi rujukan kepada para pengkaji yang berminat. Kajian empirikal ini adalah yang pertama dibuat di Kota Kinabalu untuk menilai prestasi perancangan Bandaraya Kota Kinabalu tahun 1914-2013 dan membuat ramalan bandar mampan tahun 2015.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kota Kinabalu City, development planning, sustainable town
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 03 Jan 2018 13:03
Last Modified: 03 Jan 2018 13:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17907

Actions (login required)

View Item View Item