Pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah

Ling, Jenny Mee Hua (2015) Pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk mengkaji tentang prototaip sistem pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah. Kebanyakan kaedah pengesanan muka yang dihasilkan pada masa ini tidak dapat mencapai kesan-kesan tertentu seperti mendapat ketepatan pada sempadan muka. Dalam projek ini, kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimum sekumpulan zarah akan digunakan untuk menyelesaikan sebahagaian permasalahan kajian. Terbaik ini akan dilaksanakan dalam Processing dengan sokongan perpustakaan OpenCV. Dua eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji prototaip sistem pengesanan muka. Hasil keputusan dari eksperimen yang dilaksanakan menunjukkan bahawa prototaip sistem pengesanan muka adalah efisyen. Ujian jarak dengan pelbagai jenis gaya muka telah menunjukkan bahawa prototaip sistem ini boleh mengesan muka dengan paling tepat dalam jarak 50cm dan pelbagai jenis gaya muka ditunjukkan. Manakala, jarak 200cm adalah paling tidak tepat unutk mengesan sempadan muka. Selain itu, ujian intensiti cahaya telah menunjukkan bahawa prototaip sistem di tempat yang terang dengan 991x adalah paling tepat dan jelas untuk menunjukkan sempadan muka. Oleh itu, peluasan kajian ini pada masa hadapan adalah menggunakan template contoh muka dan aplikasi ke dalam prototaip sistem supaya dapat digunakan untuk mengawal atau mencari muka dalam masa nyata.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: face detection, Viola-Jones method, particle swarm optimization, OpenCV library
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 03 Feb 2018 21:52
Last Modified: 03 Feb 2018 21:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18528

Actions (login required)

View Item View Item