Hubungan personaliti guru besar dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja guru

Abdul Said Ambotang and Birma P. Tandra and Christina Andin @ Nur Qistina (2017) Hubungan personaliti guru besar dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja guru. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 59-64. ISSN 1985-496X

[img]
Preview
Text
Hubungan personaliti guru besar.pdf

Download (46kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Hubungan Personaliti Guru Besar dan Iklim Sekolah terhadap Kepuasan Kerja Guru.pdf

Download (414kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan personaliti Guru Besar dan Iklim Sekolah terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah. Seramai 127 orang guru dari empat buah Sekolah Rendah Zon Apas, Tawau telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana data dikumpul menerusi soal selidik yang telah diadaptasi dari Big Five Inventory Scale (BFI) dan Job Descriptive Index (JDI) yang telah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 17.0. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dari segi pendapatan, rakan sekerja, kepimpinan sekolah dan peluang kenaikan pangkat dalam kalangan guru. Dapatan kajian menunjukkan personaliti dalam kalangan Guru Besar Zon Apas berada pada tahap yang positif berdasarkan nilai skor min yang diperoleh manakala tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman mengajar. Kepuasan kerja menunjukkan bahawa guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun mempunyai kepuasan bekerja yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang mengajar selama 10 tahun dan ke bawah. Berdasarkan analisis korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Guru Besar dan Iklim Sekolah terhadap kepuasan kerja guru.

Item Type: Article
Keyword: Headmaster’s Personality, School Climate, Teachers’ Working Satisfaction
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 03 Feb 2018 21:52
Last Modified: 28 Apr 2020 22:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18619

Actions (login required)

View Item View Item