Pengaruh amalan kepimpinan berstruktur, efikasi guru dan norma-norma budaya terhadap keprihatian tugas guru sekolah kebangsaan di Sarawak

Janary Anak Lumbai (2016) Pengaruh amalan kepimpinan berstruktur, efikasi guru dan norma-norma budaya terhadap keprihatian tugas guru sekolah kebangsaan di Sarawak. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh amalan kepimpinan.pdf

Download (40MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh amalan kepimpinan berstruktur, efikasi guru dan norma-norma budaya terhadap keprihatinan tugas guru. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 420 orang guru iaitu ketua-ketua panitia. Kajian ini menggunakan soal selidik Orientasi Kepimpinan yang diadaptasi Lokman et al., (2011) daripada (Bolman & Deal, 1999), Efikasi Guru (Meng Tian, 2008), School Culture Triage (Phillips, G. 1993) dan Seven Stages of Concern (Hall et al., 1977). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15 dan AMOS Versi 21. Analisis data dilaksanakan secara deskriptif dan analisis inferens iaitu Ujian-t, korelasi Pearson, regresi berganda Stepwise dan analisis laluan untuk menguji hipotesis kajian pada nilai signifikan p<.05. Hasil kajian mendapati keseluruhan tahap variabel dan dimensi adalah tinggi. Dalam kepimpinan berstruktur bagi dimensi keutamaannya adalah sumber manusia diikuti struktural, simbolik dan politik. Terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi setiap variabel kajian berdasarkan lokasi sekolah. Keputusan korelasi (ry adalah signifikan dan positif dalam kepimpinan berstruktur (r-=.459), efikasi guru (r-=.710), norma-norma budaya (r-=.593) dengan keprihatinan tugas guru. Ujian regresi linear mendapati kesemua variabel kajian adalah faktor-faktor yang mempengaruhi, ini merangkumi dimensi-dimensi seperti efikasi interpersonal dan kerjasama, efikasi p"~ngajaran dan penyelidik, kepimpinan politik, keyakinan diri, kepimpinan simbolik dan efikasi budaya sekolah adalah pengaruh bagi keprihatinan guru. Analisis laluan mendapati norma-norma budaya bukan mediator bagi perhubungan antara variabel kajian. Secara keseluruhan amalan kepimpi.lan guru besar lebih cenderung kepada sumber manusia, namun strategi poiitik dan simbolik mempengaruhi keprihatinan guru dalam tugas terutamanya lebih kepada Prihatin Impak. Akhirnya, variabel dan dimensi kajian ini harus diberi perhatian dalam mengukuhkan penerimaan guru dalam sebarang pembangunan pendidikan di sekolah.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Keyword: structured leadership, teachers' efficacy, culture norms, primary school teachers
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18757

Actions (login required)

View Item View Item