Strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan empat

Yong, Wing Cheang (2006) Strategi pembelajaran bahasa dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Strategi pembelajaran bahasa.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adatah sebuah kajian tinjauan yang bertujuan mengenalpasti strategi-strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar Tingkatan Empat. Kajian ini juga cuba melihat hubungan tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Di samping itu, Kajian ini juga ingin melihat perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa secara umum mengikut jantina dan juga jenis sekolah iaitu di antara pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangasaan (SMK) dan Sekolah Menengah (SM) Saint. Seramai 180 sampel yang terdiri daripada 90 pelajar Tingkatan Empat dari SMK dan juga 90 pelajar Tingkatan Empat dari SM. Instrumen utama kajian ini adalah menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi dari Strategy Inventory for Language Learning (SILL) versi 7.0 (Oxford,1990) dan juga Self-Report Strategy Questionnaire (Mohammed Amin,1996). Data pencapaian Bahasa Inggeris pelajar adalah diperolehi dari tiga penilaian Bahasa Inggeris iaitu pencapaian Bahasa Inggeris datam PMR 2005, ujian bulan Bahasa Inggeris bagi bulan Januari dan Februari 2006. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan, peratus dan sisihan piawai bagi menerangkan pola jantina, pencapaian, jenis sekolah dan penggunaan strategi pembelajaran bahasa. Strategi pembelajaran kategori metakognitif didapati menjadi strategi yang paling tinggi digunakan pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Bagi melihat perbezaan dan hubungan di antara pembolehubah, ujian-t dan Khi kuasa dua digunakan. Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar daripada SMK dan SM dari segi kekerapan menggunakan strategi pembelajaran bahasa. Namun begitu, hasil analisis telah mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam menggunakan strategi pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: language, leaning strategies, English achievement, gender
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 09 Feb 2018 15:00
Last Modified: 09 Feb 2018 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18759

Actions (login required)

View Item View Item