Wan Nur Syuhada Wan Ariffin (2016) Kesan biochar dan baja organik ke atas pertumbuhan dan penghasilan jagung manis Thai Supersweet yang ditanam menggunakan tanah Silabukan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kesan Biochar Dan Baja organik ke atas pertumbuhan dan penghasilan jagung manis Thai Supersweet yang ditanam menggunakan tanah Silabukan.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah. Tajuk kajlan Ini ialah kesan biochar dan baja organik (najls ayam) terhadap pertumbuhan dan penghasilan jagung manis Thai Supersweet yang ditanam menggunakan tanah Silabukan. Objektif pertama kajian Ini adalah untuk menentukan kadar optimum baja biochar dan baja najis ayam yang diperlukan bagl pertumbuhan dan penghasllan tanaman jagung manis Thai Supersweet. Objektif kedua kajlan Ini pula lalah untuk menentukan kandungan nitrogen, bahan organik, fosforus dan pH dalam tanah siri Silabukan selepas kajian dilakukan. Kajian ini dimulakan pada April 2015 sehingga September 2015. Rawatan disusun mengikut rekabentuk rawak lengkap (CRD). Terdapat 10 rawatan yang telah digunakan ialah NPK (90-60-60), gabungan antara biochar dengan tiga kadar yang berbeza laitu 10, 15 dan 20 tan ha-1 manakala baja najis ayam yang digunakan pada kadar 20, 40, 60 tan ha-1• Setiap rawatan mempunyai tiga replikasi. Data yang telah direkod dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu-hala pada keertian 5%. Keputusan yang bagi pertumbuhan vegetatif tanaman jagung manis Thai Supersweet menunjukkan rawatan B3M3 menghasilkan purata tinggl pokok dan bilangan daun yang tertinggl iaitu masing-masing 221.63 sm dan iaitu 18.67. Bagi ukur liIit batang rawatan BIM3 telah mencatatkan bacaan yang tertinggl laitu 9.17 sm. Bagi komponen hasil, rawatan B2M3 dan B3M3 masing-masing menghasilkan jumlah tongkol per pokok yang tertlnggi laitu 1.67 tongkol. Rawatan B3M3 menghasilkan bacaan tertinggi pada jarak tongkol pertama daripada permukaan tanah (115.87 sm) dan berat 100 butiran dalam tongkol pertama iaitu 13.28 g. Rawatan B2M2 menghasllkan ukur lilit tongkol yang tertinggi iaitu 20 sm. Rawatan BIM3 menghasilkan bacaan tertinggi pada panjang tongkol, jumlah butiran dan pengeluaran hasil tongkol dan butiran yang tertinggi laitu masing masing 30.16 sm, 381 bUtiran, 4.84 tan per ha dan 0.99 tan per ha. Bagi analisis tanah Silabukan pula, Rawatan BIM3 mempunyai pH, bahan organik (%), nitrogen (%) dan fosforus (ppm) selepas rawatan yang tertinggi laitu masing-masing 6.71, 1.03%, 0.40% dan 24.43 ppm. Oleh itu, kadar terbaik yang dicadangkan kepada petani ialah rawatan BIM3 kerana rawatan tersebut mempunyai penghasilan tongkol dan butiran yang tertinggi. Selain itu, rawatan inl juga menunjukkan peningkatan dari segi nutrfen tanah yang tertinggl berbanding rawatan lain. Sebagal kesimpulan, rawatan yang menggunakan gabungan antara biochar dan baja najls ayam dapat menghasilkan pertumbuhan dan penghasilan jagung manis Thai Supersweet lebih baik berbanding dengan rawatan yang menggunakan baja k1mla dalam menlngkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman jagung manis Thai Supersweet
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Chicken manure , plant , fertilizer |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 18 Feb 2018 19:54 |
Last Modified: | 18 Feb 2018 19:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18836 |
Actions (login required)
View Item |