Perencatan protein fosfatase 1 (PP1) menggunakan ekstrak dari batang dan daun Strobilanthes crispus

Siti Rashidah Sainuddin (2015) Perencatan protein fosfatase 1 (PP1) menggunakan ekstrak dari batang dan daun Strobilanthes crispus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perencatan protein fosfatase.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Protein fosfatase jenis 1 (PP1) ialah salah satu molekul yang berpotensi disasarkan untuk kanser terapi diman protein in memainkan peranan yang penting dalam mitogen protein diaktifkan (MAP) isyarat kinase transduksi , tumorigenesis, apoptosis dan kanser metastasis. Kajian perlu dilakukan untuk mencari ubat baru yang mempunyai potensi sebagai perencat kepada protein ini sebagai rawatan kanser. Strobilanthes crispus ialah tumbuhan herbal yang mempunyai ciri biologikal seperti antioksida, antimikrob dan juga antikanser. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji patensi perencatan ekstrak mentah daun dan batang S. crispus terhadap PP1. Dalam kajian ini,strain yis yang digunakan ialah secara genetik telah diubah yang mengkodkan PPl sebagai model untuk ujian saringan untuk mencari perencat yang berpotensi terhadap protein ini. Daun dan batang S. crispus diekstrak mengunakan methanol dengan mengunakan teknik rendaman. Daripada keputusan yang diperolehi, tiada aktiviti perencatan berlaku oleh ekstrak mentah daun dan batang S. crispus terhadap protein fosfatase jenis 1 walaupun kandungan ekstrak per cakera telah dimanipulasikan. Oleh itu, kajian lanjutan perlu dilakukan dengan mengunakan kaedah pengekstrakan yang lebih spesifik untuk mendapatkan kompoun yang tulen sebagai sampel digunakan untuk ujian saringan terhadap protein ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: extracts of leaf and stem, S. Crispus, Protein phosphatase type 1, methanol, simple immersion method
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 28 Feb 2018 14:48
Last Modified: 28 Feb 2018 14:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18961

Actions (login required)

View Item View Item