Pengaruhan dan pencirian Kalus Globular Labisia Pumila Var. Alata

Rozalia Mohd Geoffery (2014) Pengaruhan dan pencirian Kalus Globular Labisia Pumila Var. Alata. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengaruhan dan pencirian Kalus Globular Labisia Pumila Var.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan salah satu tumbuhan herba yang berasal daripada keluarga Myrsinaceae. Permintaan tinggi herba ini memerlukan sumber bahan mentah yang berterusan. OIeh itu, pengaruhan dan pencirian kalus globular L. pumila var. alata serta regenerasi telah dijalankan· dalam kajian ini untuk mengenalpasti potensi kalus globular sebagai satu altematif dalam propagasi tumbuhan ini. Pengaruhan kalus dilakukan di dalam media MS yang mengandungi 20 IJM harmon 2,4-0 dan 0.05 mM leusina dan dalam media tanpa asid amino leusina iaitu media kawalan di bawah 24 jam gelap pada suhu 25±2 °C selepas 6 minggu. Pencirian kalus pula dilakukan dengan tiga kaedah iaitu pewamaan berganda, histologi dan mikroskopi elektron pengimbasan. Hasil kajian mendapati 98.7 % kalus globular berjaya diaruh di dalam media kawalan mana kala 83.6% kalus globular berjaya diaruh dalam media MS+2,4-0 (20IJM)+Leusina (0.05mM) bermula minggu ke-3. Bagi pendrian kalus, ujian pewamaan berganda menunjukkan kalus embriogenik lebih telap kepada wama merah Aceto<armine (0.5%) dan kalus bukan embriogenik lebih telap kepada wama biru Evans-Blue (0.1%). Keputusan menunjukkan bahawa 3 daripada 5 sam pel kalus dalam media kawalan adalah embriogenik dan semua sampel kalus dalam media MS+2,4-0 (20IJM)+Leusina (0.05mM) adalah embriogenik. Manakala dalam ujian histologi pula menunjukkan pembentukan kalus globular dapat diperhatikan bagi kawasan yang padat dengan sitoplasma yang telap kepada larutan merah. Struktur globular dalam mikroskopi elektron pengimbasan tidak dapat dikenalpasti akibat pengecutan sel kalus. Kesimpulannya, kalus globular boIeh diaruh di dalam media MS yang mengandungi 2,4-0 (20 IJM) tanpa atau dengan kehadiran asid amino leusina (0.05 mM) bagi mencapai kalus yang bersifat embriogenik. Penggunaan asid amino leusina lebih cenderung untuk membentuk kalus bersifat embriogenik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kacip Fatimah , herbaceous plant , Myrsinaceae
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 07 Mar 2018 17:09
Last Modified: 07 Mar 2018 17:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19102

Actions (login required)

View Item View Item