Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru di sekolah menengah

Noorhafeza Herliani Adey (2015) Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru di sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara kecerdasan emosi.pdf

Download (779kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan kecerdasan emosi, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 310 orang guru yang mengajar sepenuh masa di 19 buah sekolah menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah telah dijadikan subjek kajian. Alat kajian Emotional Competence Inventory (ECI) telah digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi, alat kajian Job Satisfaction Survey (JSS) untuk mengukur kepuasan kerja dan alat kajian Organizational Commitment Scale (OCS) untuk mengukur komitmen organisasl guru. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Sementara analisis inferensi pula melibatkan korelasi Pearson, Ujian-t sampel bebas, ANOVA sehala sampel bebas dan Regresi hirarki. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi guru. Bagi analisis Ujian-t sampel bebas pula, hanya perbezaan komitmen guru berdasarkan jantina yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Seterusnya, bagi analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi berdasarkan kategori umur guru. Walau bagaimanapun, analisis regresil hirarki menunjukkan kecerdasan emosi tidak bertindak sebagai moderator dalam kajian ini. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan alternatif penyelesaian dalam membentuk pasukan kerja pendidikan yang dapat memenuhl aspirasl kerajaan dan masyarakat, dan menjadi asas perbincangan di antara pegawai pendidikan dengan pihak yang berwajib mengenai terma-terma perkhidmatan dalam mencapai matlamat bersama, selain dapat memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan pendidikan kerajaan. Seterusnya dapatan kajian ini akan menambah koleksi sorotan karya dalam bidang ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: emotional intelligence, job satisfaction, organizational commitment, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:10
Last Modified: 22 Mar 2018 10:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19296

Actions (login required)

View Item View Item