Mikropropagasi daripada eksplan daun dan protokom orkid endemik Sabah : Paphiopedilum Rothschildianum

Dieny Tony Payah (2008) Mikropropagasi daripada eksplan daun dan protokom orkid endemik Sabah : Paphiopedilum Rothschildianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Mikropropagasi daripada eksplan daun dan protokom orkid endemik Sabah Paphiopedilum Rothschildianum.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Paphiopedilum rothschildianum merupakan orkid endemik Sabah yang semakin terancam. Secara semulajadinya, proses propagasi spesis ini memakan masa yang panjang. Propagasi melalui teknik tisu kultur boleh diaplikasikan untuk memelihara spesis unik ini. Masa yang diperlukan adalah jauh lebih singkat serta bebas daripada ancaman semulajadi kerana proses mikropropagasi adalah secara in vitro. Objektif projek ini adalah untuk mengkaji pengaruh hormon 6-benzilaminopurin (BAP), thidiazuron (TDZ), asid naftalinasetik (NAA), dan 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D) secara tunggal dan dengan kombinasi terhadap penghasilan jasad seperti protokom (JSP) daripada eksplan daun dan protokom P. rothschildianum Selain itu, kesan membelah eksplan protokom diuji dan dibandingkan dengan pengkulturan protokom penuh. Media berasaskan garam RE yang ditambahkan dengan 10% (v/v) air kelapa digunakan untuk pengkulturan. Bagi pengkulturan daun, hormon 2,4-D, NAA, dan TDZ berkepekatan 0.0 mgIL hingga 5.0 mgIL dengan selang 0.5mgIL serta hormon BAP berkepekatan 0.0 mgIL hingga 10.0 mgIL dengan selang 1.0 mgIL diuji secara tunggal. 8agi pengkulturan protokom, hormon TDZ diuji secara tunggal manakala hormon 8AP dikombinasikan dengan NAA dan kemudiannya dengan 2,4-0. Pengkulturan daun P. rothschildianum gagal mencapai objektif kajian apabila kesemua eksplan yang dikultur mengalami kematian 100% seawal 40 hari pengkulturan. Oalam pengkulturan rotokom penuh P. rothschildianum, peratusan eksplan berpropagasi paling tinggi dengan nilai 54.17%±19.09 dicatatkan dalam media yang mengandungi kombinasi 3.0 mgIL BAP dan 0.5 mgIL NAA. Nilai tertinggi untuk purata JSP yang terhasil bagi satu eksplan pula dicatatkan dalam media yang mengandungi kombinasi 3.0 mgIL BAP dan 1.00 mgIL 2,4-D iaitu 8.25±4.76. Pemerhatian juga mendapati bahawa media kawalan positif mencatat peratusan eksplan berpropagasi yang tinggi mencecah 81.25%±12.5 tetapi purata JSP terhasil bagi satu eksplan yang lebih rendah iaitu hanya 2.04±0.57. Media kawalan negatif pula mencatat peratusan eksplan berpropagasi yang lebih rendah berbanding dengan media kawalan positif. Pengkulturan protokom yang dibelah dua juga gagal mencapai objektif kajian apabila peratus kematian eksplan mencecah nilai 94.10% secara keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua daun dan protokom P. rolhschildianum yang diwujudkan kawasan luka adalah tidak sesuai digunakan sebagai eksplan dalam tisu kultur spesis ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Endemic orchid , Sabah , protocorm
Subjects: Q Science > QK Botany
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:02
Last Modified: 22 Mar 2018 10:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19458

Actions (login required)

View Item View Item