Eldaa Prisilla Allim (2014) Kajian mengenai skala pengkolonian Ganoderma menggunakan analisa ergosterol dan intensiti penyakit reput pangkal kelapa sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kajian mengenai skala pengkolonian.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini, tisu batang kelapa sawit diambil secara steril menggunakan mata gerudi yang dicelup dalam 70% etanoI. Penskoran simtom luaran dan 0 hingga 3 untuk pokok kelapa sawit yang telah dijangkiti penyakit reput pangkal telah dibuat berdasarkan kepada skala yang telah diwujudkan. Pengekstrakan ergosterol telah dibuat untuk semua sampel dan telah disuntik ke dalam Sistem Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPlC) untuk mengira kuantiti ergosterol dalam tisu batang kelapa sawit. Ergosterol tidak dikesan dalam ekstrak tisu batang kelapa sawit yang sihat yang termasuk dalam Skor 0 (sihat) manakala kehadiran ergosterol dikesan dalam ekstrak tisu batang kelapa sawit yang dijangkiti penyakit yang tergolong dalam Skor 1 (sederhana sihat), Skor 2 (sederhana teruk) dan Skor 3 (sangat teruk). Hubungkait antara kuantiti ergosterol dengan skor simtom luaran menunjukkan bahawa purata kepekatan ergosterol semakin meningkat apabila tahap intensiti penyakit meningkat. Perkaitan ini diana lisa menggunakan perisian Microsoft: Excel versi 2007 dan IBM SPSS Statistics 20. Pemencilan kulat telah dilakukan menggunakan Media Pemilihan Ganoderma (GSM) sebagai kaedah pengesahan kerana GSM bersifat pemilih dengan membenarkan pertumbuhan kulat Ganoderma sahaja. Kulat yang menyebabkan penyakit reput pangkal kelapa sawit dalam kawasan kajian adalah Ganoderma boninense.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | of oil palm trees, Basal Stem Rot, Ergosterol extraction |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Mar 2018 16:18 |
Last Modified: | 23 Mar 2018 16:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19480 |
Actions (login required)
View Item |