Geologi am dan sedimentologi di kawasan Kuala Penyu, Sabah

Evelyn Anak Niclas Mawar (2014) Geologi am dan sedimentologi di kawasan Kuala Penyu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan sedimentologi di kawasan Kuala Penyu.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian pantai barat Sabah iaitu Kuala Penyu dari Kampung Matadan hingga Kampung Berangkok. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira 100 kilometer persegi dengan kedudukan koordinat pada garis lintang 5° 28U sehingga 5° 33' U dengan garis bujur 1150 29' T sehingga 115° 34' T. Objektif kajian ialah mengenai ciri-ciri sedimentologi yang terdapat pada Formasi Syal Setap dan Formasi Belait di Kuala Penyu dan membuat analisis litofasies serta menentukan sekitaran pengendapan batuan di Kuala Penyu. Secara amnya, unit batuan yang terdapat di kawasan kajian ialah Formasi Syal Setap, Formasi Belait dan endapan Kuatemari. Usia untuk Formasi Syal Setap ialah Awal Miosen Bawah manakala usia untuk Formasi Belait ialah Awal Miosen Atas. Endapan Kuatemari terdiri daripada endapan alluvium pantai, alluvium sungai dan alluvium paya. Hasil kajian Formasi Syal Setap di kawasan kajian terdiri daripada satu unit batuan sahaja iaitu unit syal tebal berselang lapis dengan batu pasir nipis. Manakalat,e rdapat empat lithofasiesF ormasiB elaity ang ditemui di kawasan kajian iaitu unit basal konglomerat (fasies Bei), unit batu pasir berlapisan silang swaley (fasies Be2), unit batu pasir berlapisans ilang hummocky-swaley( fasies Be3) dan unit batu pasir berlapisan silang hummocky(fasies Be4). Struktur sedimen yang ditemui pada singkapan Formasi Syal Setap ialah riak, laminasi selari dan lensa pasir serta fosil surih jenis Ophiomorpha sp. Struktur sedimen yang terdapat pada Formasi Belait pula terdiri dari daripada struktur lapisan silang hummocky dan struktur lapisan silang swaley, riak, lensa lumpur dan fosil surih jenis ophiomorpha sp . Sekitaran pengendapan untuk Formasi Syal Setap ialah sekitaran laut cetek dengan asosiasi fasiesnya di bahagian pelantar dalam dan ini disokong oleh kehadiran lapisan syal tebal. Berdasarkan struktur sedimen dan fosil surih yang ditemui di lapangan, sekitaran pengendapan Formasi Belait ditakrifican pada sekitaran laut cetek atau secara spesifiknya pada kawasan tepi pantai yang menerima pengaruh ombak dan pasang surut. Sebanyak 18 spesies benbhic foraminifera telah ditemui pada sampel batu lumpur Formasi Syal Setap yang menunjukkan sekitaran laut cetek.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sedimento cgical characteristics, Belait Formation, Setap Shale Formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Mar 2018 16:18
Last Modified: 23 Mar 2018 16:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19483

Actions (login required)

View Item View Item