Kalsia Matrin (2015) Pengaruh budaya Cina dalam identiti etnik Tatana di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (960kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (13MB) |
Abstract
Kajian etnografi ini bermatlamat untuk mengenalpasti elemen dan amalan budaya Cina dalam kalangan masyarakat Tatana. Fokus kajian ini adalah mengenai kemasukan dan perubahan dalam elemen budaya Cina di Sabah serta pola pengadaptasian budaya yang berlaku. Data etnografi ini diperolehi daripada 12 orang sebagai key-informan di daerah Kuala Penyu. Terdapat juga beberapa orang informan yang ditemubual secara tidak langsung semasa di lapangan. Kajian ini turut melibatkan pemerhatian turut serta dalam cara kehidupan yang terdiri dari aspek amalan upacara serta tradisi masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati faktor penghijrahan dan faktor perkahwinan campur antara orang tempatan dan juga orang Cina pada masa dahulu wujudnya pengaruh budaya Cina dalam masyarakat Tatana. Perubahan yang berlaku dalam amalan budaya masyarakat Tatana adalah disebabkan oleh proses akulturasi. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan masyarakat Tatana mempunyai keturunan Cina serta mengamalkan pengaruh budaya Cina dalam a ma Ian budaya mereka. Konsep Chinese version of Tatana Culture memperlihatkan masyarakat Tatana sebagai budaya tempatan telah mengadaptasi budaya luar iaitu budaya Cina di dalam amalan budaya mereka. Pengidentifikasian identiti etnik mereka masih berteraskan identiti Tatana walaupun mempunyai elemen pengaruh budaya Cina yang kuat dalam budaya mereka. Hal ini kerana elemen budaya tempatan iaitu bahasa dan beberapa amalan adat dan kepercayaaan seperti ritual Moginuntelah terus menjadi teras dalam kehidupan dan identiti etnik mereka.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Etnografi, Budaya Cina, Etnik Tatana |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 23 Mar 2018 16:21 |
Last Modified: | 02 Oct 2023 14:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19492 |
Actions (login required)
View Item |