Hubungan strategik Amerika Syarikat - Malaysia memerangi keganasan di Malaysia 1990-2003

Aszlan Selamat (2014) Hubungan strategik Amerika Syarikat - Malaysia memerangi keganasan di Malaysia 1990-2003. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan strategik Amerika Syarikat .pdf

Download (613kB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi penumpuan terhadap hubungan dua hala dalam aspek hubungan strategik Amerika Syarikat-Malaysia memerangi keganasan di Malaysia dan tahun 1990 hingga 2003. Kajian ini juga menjejaki evolusi hubungan strategik kedua-dua negara sejak selepas Perang Dunia Kedua bagi mencari asas kepada hubungan yang telah lama wujud. Kajian ini juga turut menjelaskan sebab-musabab yang mendorong hubungan dua hala tersebut terus berlaku. Selain itu, kajian ini juga mengetengahkan pendapat disebalik wujudnya isu dan cabaran iaitu perbezaan pandangan dan pendapat mengenai usaha memerangi keganasan, perkara tesebut tidak menghalang kedua-dua negara meneruskan hubungan yang baik. Malahan, disebalik kelantangan Malaysia menyuarakan tentangan ke atas tindakan AS menyerang Iraq dan Afghanistan, hubungan tersebut masih diteruskan dan Malaysia mengikut nasi hat AS menubuhkan SEARCCT. Kedua-dua negara sedar hubungan tersebut menguntungkan kedua-dua pihak. Daripada kajian ini didapati hubungan strategik AS-Malaysia berlaku dalam keadaan yang tidak konsisten. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001, kerjasama memerangi keganasan semakin meningkat.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: United States, Malaysia, terrorism, stratewgic relation, bilateral relation
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Mar 2018 14:32
Last Modified: 27 Mar 2018 14:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19569

Actions (login required)

View Item View Item