Kajian morfologi geopolimer / CNF nanokomposit dengan menggunakan teknik scanning electron microscopy (SEM)

Nurul Edyanie Jasneh (2014) Kajian morfologi geopolimer / CNF nanokomposit dengan menggunakan teknik scanning electron microscopy (SEM). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian morfologi geopolimer.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Geopolimer merupakan suatu bahan yang mengandungi aluminosilikat tulen dalam bentuk serbuk yang mana geopolimer tersebut diaktifkan oleh logam alkali hidroksida yang mempunyai sifat alkali yang tinggi dan larutan silikat pada keadaan persekitaran atau suhu yang tinggi. Dalam kajian ini, morfologi geopolimer nanokomposit dengan perbezaan kandungan CNF telah dikaji dengan menggunakan teknik mikroskop pengimbas elektron (SEM). Kaolin diperoleh secara komersial telah dikalsinkan pada suhu 600° C selama 200 minit untuk menghasilkan metakaolin. Metakaolin dan pengaktif alkali telah dicampurkan kepada peratusan be rat yang berbeza iaitu 1.0%, 1.5%, 2.0%, 2.5% dan tanpa CNF sebagai sam pel kawalan. Larutan pengaktifan alkali yang telah digunakan adalah campuran 8M Na₂SiO₃ dan 10M NaOH. Sampel telah diawet pada suhu 60°C selama 24 jam dan kemudian sampel tersebut dikekalkan pad a suhu bilik sehingga ujian dijalankan. Kemudian, geopolimer nanokomposit itu telah dibakar pada suhu 1000°C selama 1 jam. Hasil kajian mendapati mikrostruktur geopolimer nanokomposit / CNF mempunyai pengurangan liang, keretakan dan rekahan dengan peratusan CNF yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nanocomposite geopolymer, carbon nanofber, scanning electron microscopy (SEM)
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Mar 2018 15:24
Last Modified: 27 Mar 2018 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19584

Actions (login required)

View Item View Item