Kepimpinan Cina dalam sejarah perkembangan politik di Sabah (1961-2000)

Lee, Bih Ni (2010) Kepimpinan Cina dalam sejarah perkembangan politik di Sabah (1961-2000). Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kepimpinan Cina dalam sejarah perkembangan.pdf

Download (661kB) | Preview

Abstract

Kepimpinan dalam masyarakat imigran adalah satu persoalan penting dalam sejarah politik masyarakat berbilang etnik seperti di Malaysia. Dalam hal ini masyarakat imigran Cina di Sabah mempunyai sejarah yang tersendiri termasuk kepimpinan politik masyarakat ini yang jelas merupakan sebahagian daripada sejarah politik wilayah ini. Kajian ini adalah satu usaha melihat faktor yang menjadi asas dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Sabah dari 1961 hingga 2000. Kajian ini membincangkan bagaimana kepimpinan Cina berubah dalam perkembangan politik di Sabah dari 1961 hingga 2000. Persoalan di sini mengapa kepimpinan Cina berubah dalam perkembangan politik di Sabah dari 1961 hingga 2000? Apakah faktor asas yang mendorong perubahan kepimpinan Cina? Andaian kajian ini adalah kepimpinan berubah disebabkan faktor kepimpinan yang dapat menentukan sU/vival masyarakat Cina. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor asas yang mendorong perjuangan kepimpinan Cina dalam perkembangan politik di Sabah dari 1961-2000. Kajian ini cuba menggalurkan perkembangan kepimpinan politik masyarakat Cina dari 1961 hingga 2000. Ia juga cuba meninjau pengaruh faktor asas yang mendorong perubahan kepimpinan masyarakat Cina dalam kepimpinan politik masyarakat berbilang etnik seperti di Sabah untuk menjawab persoalan kajian ini. Hasil kajian ini mendapati sebab yang mempengaruhi perubahan kepimpinan Cina dari 1961-2000 adalah faktor kepimpinan yang dapat menentukan survival masyarakat Cina. Kepimpinan Cina dalam perkembangan politik di Sabah dari 1961-2000 adalah bersifat kepentingan politik.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Keyword: leadership, Chinese immigrant society, multi-ethnic, political history
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 Apr 2018 16:21
Last Modified: 04 Apr 2018 16:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19745

Actions (login required)

View Item View Item