Manuk-Manuk : satu penelitian awal terhadap ungkapan risikan dalam masyarakat Bajau

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2016) Manuk-Manuk : satu penelitian awal terhadap ungkapan risikan dalam masyarakat Bajau. Borneo - Kalimantan 2005, 5 (5). ISSN 983-9257-63-3

[img]
Preview
Text
Manuk.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Perkahwinan ialah sebuah institusi asas dalam sesebuah masyarakat. Melalui perkahwinan anggota sesebuah keluarga akan berkembang dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat kecil sebelum terbentuknya masyarakat besar. Melalui majlis perkahwinan pasti banyak elemen adat istiadat yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan untuk memastikan sesebuah perkahwinan itu sempurna menurut pandangan masyarakat tersebut. Salah satu adat istiadat yang masih berlangsung ialah adat merisik dan melamar yang merupakan salah satu daripada proses awal sebelum majlis pertunangan dan akhirnya majlis perkahwinan berlangsung. Pelbagai cara digunakan untuk menunjukkan maksud kedatangan wakil pihak lelaki ke rumah perempuan. Antara cara yang digunakan untuk mempamerkan niat wakil lelaki ialah dengan cara berpantun. Dalam masyarakat Iranun misalnya, kedatangan wakil pihak lelaki lazimnya ditandai dengan upacara berbalas pantun yang dikenali sebagai pamiula. Secara tidak sedar, dalam masyarakat yang berpegang teguh kepada aspek budi dan santun telah terpamer penggunaan aspek bahasa yang berseni. Keadaan yang serupa turut berlaku dalam masyarakat Bajau. Penelitian ini dijalankan dalam kelompok masyarakat Bajau, Sabah yang dirujuk kepada kekreatifan penggunaan bahasa manuk-manuk, iaitu bahasa merisik dan melamar yang sering digunakan oleh mereka. Konteks penggunaan bahasa ini, kemudiannya akan dianalisa menggunakan hipotesis Sapir-Whorf.

Item Type: Article
Keyword: Bajau , culture , art language
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 18 Apr 2018 16:56
Last Modified: 18 Apr 2018 16:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19802

Actions (login required)

View Item View Item