Konsep, kunci dan sumber personaliti menurut perspektif Islam

Nurul Hudani Md. Nawi (2016) Konsep, kunci dan sumber personaliti menurut perspektif Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 3 (3). pp. 15-24.

[img]
Preview
Text
Konsep kunci dan sumber personaliti menurut perspektif Islam.pdf

Download (91kB) | Preview

Abstract

Pembentukan akhlak mulia sangat penting bagi mewujudkan personaliti unggul berlunaskan syariat Islam. Memandangkan setiap manusia mempunyai sifat dan tingkah laku personaliti yang berbeza maka, adalah perlu untuk kita menghalusi seterusnya meneliti isu berkaitan personaliti manusia yang pelbagai. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan konsep, kunci dan sumber personaliti menurut perspektif Islam. Realitinya kecetekan dan kurang pemahaman berkaitan trait personaliti sehingga menjadikannya jengkel dalam diri setiap individu telah mengakibatkan wujudnya pelbagai masalah hubungan dan interaksi dalam konteks kehidupan seharian. Oleh itu, keupayaan dalam mempraktikkan trait personaliti yang konsisten berdasarkan lunas Islam adalah menjadi petanda aras pada suatu penghasilan kerja yang positif. Malah dengan memahami konsep personaliti berpandukan perspektif Islam, kita dapat menikmati kehidupan di dunia dengan lebih baik selain menjadikan hubungan dengan Allah SWT sebagai pecipta semakin rapat, kuat dan kukuh untuk menuju ke alam akhirat yang hakiki nanti.

Item Type: Article
Keyword: Islam , personality ,
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 25 Apr 2018 09:58
Last Modified: 25 Apr 2018 09:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19909

Actions (login required)

View Item View Item