Faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisis glukosinolat kepada fenil-etil isotiosianat dalam selada air (Nasturtium officinale sp)

Nurul Izzwani Burhan (2014) Faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisis glukosinolat kepada fenil-etil isotiosianat dalam selada air (Nasturtium officinale sp). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisi.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Glukosinolat merupakan kumpulan metabolit sekunder yang terdapat di dalam famili Brassicaceae. Glukosinolat mengalami hidrolisis secara terus apabila sel rosak, seperti dipotong dan dimasak, oleh enzim mirosinas yang wujud secara semulajadi untuk membentuk produk utama isotiosianat dan/atau nitril. Beberapa isotiosianat dikenalpasti mempunyai ciri-ciri anti-karsinogenik manakala, nitril secara asasnya adalah tidak aktif secara biologi. Fenil-etil isotiosianat (PEITC), merupakan produk hidrolisis glukonasturtiin dalam selada air yang amat berguna sebagai ejen anti-kanser untuk kanser payu dara dan kanser prostat. Walaubagaimanapun, pembentukan PEITC bergantung kepada keadaan tindak balas. Dalam keadaan tertentu, pembentukan feniletil nitril adalah lebih cenderung terbentuk berbanding PEITC. Selada air (Nasturtium officinaie sp.) dilaporkan mengandungi feniletil glukosinolat (pelopor untuk PEITC) sebagai glukosinolat utama. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisis glukosinolat di dalam selada air kepada PEITC telah dikaji. Faktor-faktor yang dikaji adalah suhu, pH, asid askorbik dan ion ferik. Selada air diambil dari Kota Belud digunakan sebagai sampel dalam kajain ini dan pengekstrakan pelarut ringkas dijalankan untuk memperolehi sebatian-sebatian yang dikehendaki. GC/MS telah digunakan bagi menganalisis ektstrak sampel. Hasil kajian menunjukkan bahawa, penghasilan PEITC adalah optima pada suhu 35°C dan pada pH 7. Manakala, penambahan 0.006 M bagi asid askorbik dan 0.006 M ion ferik memberikan penghasilan PEITC yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun tiada nitril dapat dikesan daiam kajian ini. Kesimpulannya suhu, pH, kepekatan asid askorbik dan kepekatan ion ferik mempengaruhi penghasilan PEITC iaitu sebatian penggalak kesihatan di dalam selada air.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Glucosinolates, watercress, Phenethyl isothiocyanate
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 May 2018 15:42
Last Modified: 04 May 2018 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20000

Actions (login required)

View Item View Item