Kesan media ke atas percambahan biji, pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Renanthera bella

Mohd. Aqram Hanusi (2008) Kesan media ke atas percambahan biji, pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Renanthera bella. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kesan media ke atas percambahan biji.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan media yang sesuai untuk percambahan biji benih, pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Renanthera bella secara in vitro. Media Knudson C (KC) dan media separuh kepekatan Murashige & Skoog (½MS) digunakan sebagai media asas. Untuk percambahan biji benih, bahan aditif homogenat kentang (1%, w/v), jus tomato (1%, v/v) dan air kelapa (10%, v/v) telah ditambahkan ke dalam media asas sementara untuk kajian pertumbuhan dan perkembangan protokom, bahan aditif homogenat pisang (10%, w/v) dan serbuk ekstrak kentang (1%, w/v) telah dicampurkan ke dalam media Knudson C (KC) sarna ada secara sendiri atau kombinasi. Selepas 100 hari dikultur, di dapati media ½MS tanpa bahan aditif memberikan peratus percambahan (75.2%) dan nilai indeks pertumbuhan (289.50±11.3) yang terbaik (p<0.05) berbanding dengan media lain. Hasil kajian ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokom R. bella, selepas 120 hari dikultur, media KC yang ditambahkan dengan serbuk ekstrak kentang (1%, w/v) memberikan nilai indeks pertumbuhan (557.01±14.2) yang terbaik (p<0.05) berbanding media yang lain. Media KC yang ditambahkan dengan homogenat pisang (10%, w/v) dan serbuk ekstrak kentang (1%, w/v) memberi peratus proliferasi (35.0 %) yang terbaik pada protokom orkid R. bella.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: in vitro seed, germination, growth and development, Renanthera bella, protocorm
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 04 Jun 2018 08:20
Last Modified: 04 Jun 2018 08:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20142

Actions (login required)

View Item View Item