Mengenalpasti tempoh penuaian optima bagi mengekalkan kualiti pemakanan varieti jagung manis hibrid

Norwati Mamat (2008) Mengenalpasti tempoh penuaian optima bagi mengekalkan kualiti pemakanan varieti jagung manis hibrid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Mengenalpasti tempoh penuaian.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji tempoh penuaian yang optima bagi mengekalkan kualiti pemakanan jagung Manis hibrid dari segi kandungan gula serta kekerasan biji kernel jagung Manis hibrid. Kajian ini mengkaji samada empat tempoh penuaian yang berbeza iaitu hari penuaian ke-53,55, 58 dan 60 mempunyai perbezaan yang bererti terhadap kandungan gula dan kekerasan biji kernel jagung Manis hibrid. Tapak kawasan kajian adalah di kampung Baru Salaud di daerah Tuaran Sabah. Penanaman jagung ManiS hibrid bermula pada 27 November 2007 dan jagung Manis hidrid mula dituai bennula 18 Januari 2008. Sepanjang tempoh pertumbuhan, bacaan bagi ketinggian pokok dan bilangan daun per pokok di ambil selepas 7, 14,20 dan 50 hari selepas penanaman. Sebaik sahaja jagung Manis hibrid dituai mengikut tempoh penuaian yang telah ditetapkan, anal isis data telah dilakukan di Makrnal Teknologi Turnbuhan, Universiti Malaysia Sabah. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kandungan gula dalam biji kernel jagung manis hibrid adalah menurun pada setiap tempoh penuaian yang dilakukan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa masa penuaian optimwn adalah pada hari ke-53 penuaian dengan kandungan gula adalah 9.3% Brix dan kekerasan adalah 378.3350N.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sweet corn, hybrid, harvesting time, kernel
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:59
Last Modified: 17 Jul 2018 13:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20508

Actions (login required)

View Item View Item