Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal

Foo@Jurry bt. F Michae and MUSTAFA OMAR and Ahmad Aldrie Amir and Abdul Latiff Mohamad, (2014) Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 10 (2). pp. 115-126. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
Text
Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah.pdf

Download (127kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di pasar tempatan atau dikenali sebagai tamu di Pantai Barat, Sabah. Data dikumpul melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temu bual di lima buah tamu di Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran dan Pekanabalu. Seramai 26 orang responden dalam lingkungan umur 35 hinga 78 tahun telah mengambil bahagian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penjual untuk terus memasarkan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Oleh yang demikian, responden terhad kepada kalangan penjual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh faktor yang menyebabkan kelangsungan aktiviti pemasaran tumbuhan ubatan di kawasan kajian, iaitu sumber pendapatan, permintaan, harga, peluang, budaya, kemajuan teknologi komunikasi, pengetahuan tradisi, akses, kelimpahan dan produktiviti. Faktor tersebut seterusnya diklasifikasikan kepada tiga, iaitu faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor ekologi. Analisis lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini sama penting dalam mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Pantai Barat Sabah.

Item Type: Article
Keyword: ekologi, faktor sosioekonomi, kelangsungan pasaran, penjual, tamu, tumbuhan ubatan
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 08 Mar 2019 16:18
Last Modified: 08 Mar 2019 16:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21541

Actions (login required)

View Item View Item