Kajian kandungan perisa ke atas biji koko dari pelbagai pusat fermentasi di Tenom

Siti Noraien Ismail (2018) Kajian kandungan perisa ke atas biji koko dari pelbagai pusat fermentasi di Tenom. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Other
Kajian kandungan perisa ke atas biji koko dari pelbagai pusat fermentasi di Tenom

Download (119kB)

Abstract

kajian kandungan perisa di dalam biji koko dari pusat fermentasi yang berbeza telah dijalankan dengan menggunakan kromotografi gas dan spektrometer jisim (gc - ms). sampel biji koko yang digunakan di dalam kajian ini adalah dari 4 pusat fermentasi iaitu lny, ying hong, nye tai dan kg. baru jumpa. biji koko turut menjalani analisis peratus kelembapan, nilai ph, asid boleh dititrat dan indeks fermentasi bagi melihat hubunganya dengan kandungan perisa koko. kaedah likens - nickerson telah digunakan bagi mengestrak perisa di dalam biji koko dan penentuan kandungan perisanya telah menggunakan kromotografi gas dan spektrometer jisim (gc- ms). kandungan perisa yang dikaji adalah sebatian pirazina iaitu pirazina, 2,5 dimetilpirazina, 2,6 dimetilpirazina dan tetrametilpirazina. tetapi hanya tetrametilpirazina sahaja yang dapat dikesan di dalam semua sampel. selain itu, didapati bahawa hanya 3 pusat fermentasi sahaja yang dapat dikesan kandungan tetrametilpirazina iaitu nye tai sebanyak 8.6170 x 10"3 g/100g, ying hong sebanyak 3.3066 x 10"3 g/l00g dan lny sebanyak 2.85 x10"3 g/100g. kandungan tetrametilpirazina ini, adalah bergantung kepada perats kelembapan yang balk iaitu 7.5% dan nilai ph yang hampir kepada 5.5 dan ini dapat dilihat pada sampel dari Nye Tai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cocoa beans , chromatography gas - mass spectrometer (GC-MS) , pyrazine compound
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 09 Jul 2019 15:05
Last Modified: 09 Jul 2019 15:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22500

Actions (login required)

View Item View Item