Pengaruh faktor-faktor asas kepada sekolah berprestasi sifar upsr kajian terkini di sekolah-sekolah rendah negeri Sarawak

Baharom Mohamad and Mohd Yusof Abdullah and Naimah Yusoff and Abdul Said Ambotang and Mohd Suhaimi Taat and Roslee Talip and Shukri Zain (2010) Pengaruh faktor-faktor asas kepada sekolah berprestasi sifar upsr kajian terkini di sekolah-sekolah rendah negeri Sarawak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengaruh faktor-faktor asas kepada sekolah berprestasi sifar upsr kajian terkini di sekolah-sekolah rendah negeri Sarawak.pdf

Download (106kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor asas iaitu kesediaan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan murid dan hubungan terhadap kemenjadian murid di sekolah-sekolah berprestasi sifar Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran (mixed-method) kuantitatif dan kualitatif. Sampel sebanyak 90 orang guru dipilih secara rawak di negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai), korelasi Pearson dan regresi berganda menggunakan pakej Statistik SPSS versi 17 dan perisian AMOS versi 18. Selain itu, kajian ini turut" menggunakan analisis Structural Equation Modeling (SEM) untuk menghasilkan model. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara tahap kesediaan pengurus sekolah, guru dan murid tetapi tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tahap kesediaan ibu bapa. Analisis regreasi berganda menunjukkan peramal Kesediaan Murid, Kesediaan Pengurus Sekolah, dan Kesediaan Guru menyumbang secara signifikan terhadap kemenjadian murid. Berdasarkan nilai beta (/3), keputusan kajian membuktikan sumbangan yang signifikan peramal Kesediaan Murid sebanyak 98.2% [p = 0.740, P = 0.001], peramal Kesediaan Pengurus Sekolah pula sebanyak 1% [P = 0.530, P = 0.001], dan peramal Kesediaan Guru sebanyak 0.2% [P = -0.264, P = 0.001]. Analisis . secara deskriptif pula menunjukkan tahap kesediaan pengurus sekolah dan murid adalah tinggi, guru pada tahap sederhana tinggi dan ibu bapa berada pada tahap rendah. Data kualitatif melalui temu bual yang ditriangulasi mempunyai persepadanan dan mengukuhkan lagi dapatan kuantitaitif. Kajian ini mencadangan supaya diberi penekanan penyalurkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa melalui sekolah bagi menyepadukan kesediaan dalam kalangan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan murid agar semua faktor ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan kemenjadian murid.

Item Type: Research Report
Keyword: Sarawak , primary school , teachers
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 19 Jul 2019 15:03
Last Modified: 19 Jul 2019 15:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22871

Actions (login required)

View Item View Item