Jaminan kualiti makanan halal: dari ladang ke produk makanan

Sharifudin Md. Shaarani (2010) Jaminan kualiti makanan halal: dari ladang ke produk makanan. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Jaminan kualiti makanan halal dari ladang ke produk makanan.pdf

Download (109kB) | Preview
[img] Text
Jaminan kualiti makanan halal dari ladang ke produk makanan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang jaminan kualiti halal yang merangkumi perbezaan kualiti daging sembelihan halal dan tidak halal, keberkesanan sistem dan kefungsian badan pensijilan Halal di Sabah serta kepekaan pengguna terhadap sistem pensijilan halal di Malaysia. Purata isipadu darah terkeluar, peratusan kehilangan darah (% berat hidup ayam) dan nilai pH 24 jam postmortem ayam halal adalah 94.68ml, 3.79% dan 5.73, manakala ayam bukan halal adalah 90.06ml, 3.55% dan 5.83. Tiada perbezaan signifikan (p>0.05) diperolehi antara dua perlakuan. Purata jumlah kiraan plat dan jumlah Vis dan kulat awal daging dada halal adalah 5.90 dan 5.51 log CFU/g, manakala daging dada bukan halal adalah 6.01 dan 5.65 log CFU/g, tapi tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) diperolehi antara dua perlakuan. Daging tidak halal mempunyai bilangan mikrob yang lebih tinggi pada akhir penyimpanan Salmonella spp. adalah berkemungkinan wujud pada daging halal dan bukan halal setelah 10 jam penyimpanan pada suhu bilik. Tiada perbezaan pada skor atribut bau, tekstur dan penerimaan keseluruhan antara dua perlakuan bagi tahap kesegaran sampel ayam pada akhir semua suhu penylmpanan. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada wama daging di mana daging halal adalah lebih kuning dan kurang merah daripada daging bukan halal, tetapi tiada perbezaan pada kecerahan daging antara dua perlakuan. Daging halal lebih terima daripada daging tidak halal. Bagi penguatkuasaan dan keberkesanan pensijilan halal, terdapat kelemahan sistem rekod dan pemantauan halal oleh JHEAINS di Sabah, termasuk perbezaan garispanduan dan syarat Penyembelih Haiwan Islam serta skala premis rumah sembelih berbanding JAKIM. Kesemua rumah sembelihan di dalam kajian ini mematuhi sistem dokumentasi pensijilan halal dan pemprosesan ayam halal. Soalselidik pengguna mendapati 76.9% pengguna peka dengan Pensijilan Halal Malaysia, serta 50.0% pengguna mengetahui JHEAINS sebagai Badan Pensijilan Halal Negeri Sabah. Kepekaan lebih tinggi di kalangan Muslim dengan 56.3% berbanding 31.3% Bukan Muslim. Ujian korelasi menunjukkan perkaitan signifikan di antara status perkahwinan dengan kepekaan pengguna terhadap pensijilan halal (r = - 0.121; p < 0.05). Manakala ujian Khi Kuasa Dua (X2) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap pendidikan dengan kepekaan pengguna, p<0.05.

Item Type: Research Report
Keyword: Malaysia Halal Certification ,Muslim's product ,Consumer ,Food
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Sep 2019 09:34
Last Modified: 25 Jan 2024 16:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23573

Actions (login required)

View Item View Item