Kajian literatur: sumber-sumber stres pekerjaan bagi kalangan pengurusan dan professional.

Chua, Bee Seok (1999) Kajian literatur: sumber-sumber stres pekerjaan bagi kalangan pengurusan dan professional. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian literatur sumber-sumber stres pekerjaan bagi kalangan pengurusan dan professional.pdf

Download (100kB) | Preview
[img] Text
Kajian literatur sumber-sumber stres pekerjaan bagi kalangan pengurusan dan professional.pdf
Restricted to Registered users only

Download (744kB)

Abstract

Kajian literatur ini adalah bertujuan untuk meninjau sumber-sumber stres. stressor pekerjaan bagi golongan pengurus dan profesional dalam organisasi. Tinjauan ini adalah berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas. Dalam meninjau model teoritikal stres pekerjaan yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lepas, Cooper dan Marshall (1978) telah mengemukakan lima kategori sumber stres pekerjaan. Osipaw dan Spokane (1987) pula telah membahagikan stressor pekerjaan kepada enam kategori. Quick dan QUick (1984), Ivancevich dan Matterson (1980) telah membahagikan sumber stres pekerjaan kepada empat kategori walaupun sumber stres yang dikemukakan itu adalah berbeza antara pengkaji-pengkaji itu. Selain daripada itu, pengkaji seperti Schuler (1982), Rout, Cooper dan Rout (1996) juga telah mengemukakan kerangka teoritikal masing-masing dalam kajian mereka. Daripada kerangka teoritikal stres pekerjaan yang dikemukakan itu secara keseluruhannya boleh dikategorikan dalam ~ enam kategori sumber stress stresssor yang kerap dihadapi oleh pekerja-pekerja: Keadaan fizikal tempat kerja, peranan stressor, struktur organisasi dan ciri-ciri pekerjaan berkenaan, hubungan dengan orang lain, perkembangan dalam kerjaya dan konflik kerja-keluarga. Setiap kategori stres pekerjaan itu kemudian dibincangkan dengan lebih khusus dalam kertas kerja ini.

Item Type: Research Report
Keyword: Work stress , stressor , conflict
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 15 Oct 2019 07:50
Last Modified: 30 Sep 2020 12:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23803

Actions (login required)

View Item View Item