Pengetahuan dan persepsi pelajar universiti tentang HIV/Aids: satu kajian kualitatif di UMS, Kota Kinabalu

Voo, Peter Su Kiong and Ismail Maakip and Mohd. Sharani Ahmad (2010) Pengetahuan dan persepsi pelajar universiti tentang HIV/Aids: satu kajian kualitatif di UMS, Kota Kinabalu. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
pengetahuan dan persepsi pelajar universiti tentang HIVAids.pdf

Download (96kB) | Preview
[img] Text
Pengetahuan dan persepsi pelajar universiti tentang HIV.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

HIV/AIDS sudah pun mencapai umumya ke 28 tahun, namun vaksin dan penawamya masih belum ditemui lagi. Oleh yang demikian pencegahan adalah merupakan strategi yang terbaik untuk menanggani HIV/AIDS buat mas a ini. Masalah penularan HIV/AIDS menjadi satu isu yang membelenggu kebanyakkan negara di dunia, ia secara langsung memberi impak yang negatif ke atas pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat sejagat. Pada mas a ini seramai 46 juta orang didapati hidup dengan HIV/AIDS dan lebih 25 juta telah meninggal dunia manakala setiap tahun kes jangkitan HIV/ AIDS barn sentiasa meningkat saban hari. Situasi membimbangkan ini telah mengancam kedudukan ekonomi sesebuah negara dengan kematian yang terus berlaku keatas rakyatnya dengan tidak mengira bangsa, jantina dan umur. Ini melibatkan golongan muda dan mereka yang masih boleh menyumbang kepada pembangunan negara (UNAIDS & WHO, 2004). Daripada inisiatif-inisitif ini, telah menunjukan betapa program pencegahan sahaja buat masa ini begitu penting dan di utamakan oleh negara-negara yang mempunyai peratusan tinggi penyebaran jangkitan HIV/AIDS memandangkan vaksin atau penawar untuk HIV/AIDS belum lagi dijumpai. Program pencegahan sangat penting kerana kos untuk merawat mereka yang telah dijangkiti adalah tinggi (Dolan, 2005). Bagi negara yang miskin, kemampuan kewangan yang terhad telah membebankan mereka untuk menjalankan program pencegahan dan kekurangan ini telah mengakibatkan masyarakat mereka kurang berpengetahuan tentang jangkitan HIV/AIDS. Sebagai susulan daripada situasi ini, satu kajian tentang "Pengetahuan dan persepsi pelajar Vniversiti tentang HIV/AIDS: Satu kajian kualitatif di VMS, Kota Kinabalu" telah dijalankan. Kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap pengetahuan serta persepsi pelajar terhadap tahap pendidikan HIV/AIDS di IPTA. Pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang penyakit ini boleh memberikan kelebihan kepada pelajar berhadapan dengan isu-isu mengenai penyakit ini dan mengurangkan rasa stigma dan diskri~nasi terhadap mereka yang didapati positif HIV.

Item Type: Research Report
Keyword: HIV/Aids , UMS, Kota Kinabalu
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 15 Oct 2019 16:20
Last Modified: 30 Sep 2020 15:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23807

Actions (login required)

View Item View Item