Mengenalpasti kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor sekolah berdasarkan faktor demografik terpilih

Puteri Hayati Megat Ahmad and Md. Shuaib Che Din and Abdul Ghani Sulaiman (2010) Mengenalpasti kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor sekolah berdasarkan faktor demografik terpilih. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Mengenalpasti kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor sekolah berdasarkan faktor demografik terpilih.pdf

Download (97kB) | Preview
[img] Text
Mengenalpasti kecekapan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Salah satu cabaran yang dihadapi di seting pendidikan adalah untuk memastikan kaunselor sekolah dilatih supaya dapat membantu secara berkesan peningkatan pelajar sekolah pelbagai budaya di seluruh Malaysia khususnya Sabah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan pelbagai budaya dalam kalangan 150 kaunselor di Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia di Sabah melalui alat kajian Multicultural Counseling Competence and Training Survey (MCCTS), versi kaunselor pelajar sehubungan pengetahuan, kepekaan, terminologi, pembinaan identiti bangsa dan kemahiran pelbagai budaya. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kecekapan pelbagai budaya kaunselor sehubungan pengetahuan, kepekaan, terminologi, pembinaan identiti bangsa dan kemahiran berdasarkan jantina dan lokasi tempat bertugas. Bagaimanapun terdapatnya perbezaan di antara kecekapan pengetahuan, kepekaan dan kemahiran pelbagai budaya berdasarkan pengalaman bekerja. Perbezaan yang signifikan kecekapan pelbagai budaya antara kaunselor yang mengambil kursus dan tidak mengambil kursus Kaunseling Silang Budaya dan Psikologi Silang Budaya juga telah didapati melalui kajian ini. Dari aspek perkaitan pula, wujudnya hubungan positif, tetapi signifikan bagi kecekapan sehubungan pengetahuan pelbagai budaya, kepekaan pelbagai budaya dan pembinaan identiti bangsa dengan pengalaman bekerja kaunselor.

Item Type: Research Report
Keyword: Multicultural knowledge, multicultural awareness, multicultural terminology, racial identity development and multicultural skills
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 15 Oct 2019 16:20
Last Modified: 11 Dec 2020 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23808

Actions (login required)

View Item View Item