Gerald Sang Anthony (2018) Perbandingan kesan fertigasi dan akuagasi menggunakan air sisa ternakan ikan tilapia ke atas tumbesaran dan hasil cili (kulai) di bawah struktur perlindungan hujan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Perbandingan kesan fertigasi dan akuagasi menggunakan air sisa ternakan ikan tilapia ke atas tumbesaran dan hasil cili.pdf Download (950kB) | Preview |
Abstract
Amalan biasa dalam penanaman cili dibawah struktur perlindungan hujan adalah dengan fertigasi. Tetapi dengan peningkatan kos baja cecair, kaedah alternatif perlu dibangunkan. Akuagasi merupakan satu alternatif menguntungkan memandangkan penuaian kembar cili dan ikan tilapia akan meningkatkan pendapatan para pengusaha. Satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah selama empat (4) bulan bermula Ogos sehingga November 2017. Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengkaji kesan fertigasi dan akuagasi menggunakan air sisa ternakan ikan tilapia terhadap tumbesaran dan hasil cili. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kadar tumbesaran dan penghasilan cili menggunakan air tangki ternakan ikan tilapia di antara akuagasi dan fertigasi. Selain itu, kajian ini juga akan menentukan penjimatan kos pengeluaran hasil cili dengan menggantikan penggunaan baja solusi AB kepada air sisa dari tangki ternakan ikan tilapia. Dua perbandingan rawatan telah dilakukan ke atas cili iaitu menggunakan sisa ternakan ikan tilapia dan baja. Setiap rawatan telah dilakukan ke atas 15 replikasi pokok cili. Sebanyak 200 ekor anak ikan tilapia merah telah diletakkan ke dalam tangki ternakan ikan tilapia. Parameter yang telah diukur adalah bilangan buah pada setiap pokok, ukur lilit buah cili (cm), panjang buah cili (cm) dan berat basah buah cili (g). Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem fertigasi menggunakan baja solusi AB memberikan kesan penghasilan buah cili yang lebih baik. Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi, sistem akuagasi telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dalam tumbesaran cili. Walaupun sistem akuagasi memberikan hasil yang kurang sebanyak 31.5% dari fertigasi, namun penambahan pendapatan daripada penjualan ikan tilapia memberikan jumlah pulangan yang lebih kepada pengusaha.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Fertigation , fish , Chili , agriculture |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 06 Nov 2019 08:15 |
Last Modified: | 06 Nov 2019 08:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24003 |
Actions (login required)
View Item |