Hashimah Matasan (2017) Ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang yang cukup matang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang yang cukup matang.pdf Download (813kB) | Preview |
Abstract
Satu kajian telah dijalankan di nurseri berhadapan dengan Pejabat Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah untuk membandingkan ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang iaitu Pisang Serendah, Pisang Saba dan Pisang Lemak Manis. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang yang cukup matang. Rekabentuk kajian ini adalah CRD dengan replikasi sebanyak lima kali bagi setiap kultivar. Data diambil dalam tempoh tiga bulan. Keputusan dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu hala, manakala perbezaan bererti dianalisis dengan menggunakan LSD. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti bagi min ciri-ciri fizikal biomas bagi ketigatiga kultivar pisang. Min bagi ciri-ciri fizikal batang semu Pisang Saba adalah yang terbaik dengan berat (24.17 kg), panjang (2.36 m), diameter (0.18 m), isipadu (0.06 m3), berat umbut (3.79 kg) dan berat kulit batang (18.09 kg). Min yang terbaik bagi ciri-ciri fizikal daun adalah Pisang Saba iaitu berat (0.40 kg) dan lebar (53.69 sm). Min yang terbaik bagi ciriciri fizikal tandan buah adalah Pisang Serendah dengan berat (6.95 kg), panjang (40.80 sm) dan diameter (24.33 sm). Seterusnya, min ciri-ciri fizikal sikat Pisang Serendah adalah yang terbaik dari segi panjang (14.62 sm), manakala dari segi lebar (22.47 sm), Pisang Saba adalah yang terbaik. Min ciri-ciri fizikal jejari yang terbaik dari segi panjang (17.56 sm) adalah Pisang Serendah, manakala dari segi lebar (3.72 sm), Pisang Saba adalah yang terbaik. Min ciri-ciri fizikal akar yang terbaik dari segi bilangan akar utama (41.20) pula adalah Pisang Saba. Manakala, tidak terdapat perbezaan bererti bagi min ciri-ciri fizikal biomas yang lain bagi ketiga-tiga kultivar.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Banana , biomass , Sabah |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 30 Dec 2019 17:16 |
Last Modified: | 30 Dec 2019 17:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24511 |
Actions (login required)
View Item |