Tinjauan perspektif guru terhadap kepentingan pembelajaran sosio-emosi dalam meningkatkan kompetensi sosio-emosi pelajar sekolah rendah di Sabah

Hanisah Halim and Jusiah Idang and Guan, Teik Ee and Murnizam Halik and Sabariah Sharif (2019) Tinjauan perspektif guru terhadap kepentingan pembelajaran sosio-emosi dalam meningkatkan kompetensi sosio-emosi pelajar sekolah rendah di Sabah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 18 (1). pp. 1-11. ISSN 2462-1951

[img]
Preview
Text
Tinjauan Perspektif Guru Terhadap Kepentingan Pembelajaran Sosio-Emosi Dalam Meningkatkan Kompetensi Sosio-Emosi Pelajar Sekolah Rendah Di Sabah.pdf

Download (923kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan mengenai perspektif guru terhadap kepentingan Pembelajaran Sosio-Emosi (PSE) untuk diterapkan kepada pelajar sekolah rendah di Negeri Sabah. Kajian ini juga cuba melihat sekiranya terdapat pengaruh faktor demografi (jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh pengalaman bekerja) terhadap perspektif yang dibuat oleh para guru ini. Di samping itu, isu-isu sosio-emosi yang kerap dialami oleh pelajar juga cuba dikenalpasti selain turut meninjau sumber dan teknik yang diaplikasikan oleh para guru dalam mengendalikan isu sosio-emosi tersebut. Kajian ini melibatkan 580 orang responden yang terdiri daripada para guru dari beberapa buah sekolah rendah di Negeri Sabah. Analisis Kekerapan dan Ujian Khi Kuasa Dua telah dijalankan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil umum analisis mendapati hampir keseluruhan responden (99.5%) berperspektif bahawa PSE adalah penting kepada para pelajar dengan 43.1% daripadanya memfokuskan kepentingan PSE secara khusus iaitu demi kejayaan pelajar manakala responden selebihnya merasakan PSE adalah sangat penting (40.9%) dan penting (16.0%) secara umum. Bagi pengaruh faktor demografi responden, perbezaan perspektif hanya dapat dilihat dari sudut perbezaan taraf pendidikan yang dimiliki iaitu antara guru lepasan siswazah dengan guru bukan siswazah. Isu sosio-emosi yang ditemukan dalam kalangan pelajar pula adalah pelbagai termasuklah isu perubahan dalam keluarga, sikap menyendiri, buli, gangguan tingkah laku emosi, dan autisma. Dalam mengendalikan isu-isu ini, majoriti responden (36.9%) didapati menggunakan kepelbagaian sumber pengendalian manakala kaunselor pembimbing pula dijadikan sandaran khusus para responden apabila berhadapan dengan isu sosio-emosi pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal tentang penerimaan dan kesediaan para guru terhadap PSE sebelum program-program berkaitannya diimplementasikan.

Item Type: Article
Keyword: Teachers' perspectives; socio-emotional learning (PSE); primary school students, socio-emotional issues
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 16 Apr 2020 11:52
Last Modified: 16 Apr 2020 11:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25310

Actions (login required)

View Item View Item