Analisis Fasies dalam sekitaran Paralik bagi jujukan Neogen di Pulau Sebatik,Malaysia

Muhammad Umar Sarimal (2019) Analisis Fasies dalam sekitaran Paralik bagi jujukan Neogen di Pulau Sebatik,Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Analisis Fasies dalam sekitaran Paralik bagi jujukan Neogen di Pulau Sebatik,Malaysia.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pulau Sebatik dipunyai oleh dua buah negara iaitu, Malaysia dan Indonesia. Kajian ini hanya melibatkan kawasan Malaysia, yang meliputi keluasan kira-kira 200 kilometer persegi. Kawasan kajian terdiri daripada Ahli Batu Pasir-Syal Sebatik Formasi Kalumpang; merupakan sebahagian daripada jujukan Neogen yang terfetak di bahagian utara Lembangan Tarakan. Objektif utama kajian ini untuk menganalisis fasies-fasies sedimen dan mentafsirkan sekitaran pengenapan kuno di kawasan kajian. Kajian seumpamanya belum pemah dijalankan oleh mana-mana pengkaji di Pulau Sebatik, Malaysia. Kajian ini dilaksanakan melalui pencirian sistematik terhadap parameter struktur sedimen pada singkapan batuan di lapangan berpandukan kaedah-kaedah sedimentologi. Berasaskan pencirian tersebut, sebanyak sepuluh (10) fasies telah dikenalpasti, iaitu: heterolitos (FH), konglomerat menyatah (Fer), lapisan silang hamoki (FK), lapisan silang swaley­hamoki (FSK), lapisan silang swaley (Fs), lumpur tebal (FLT), lapisan silang menyatah (Fp), konglomerat palung (FCP), lapisan silang palung (FF) dan lumpur nipis (FLN), Fasies-fasies ini digabung dan dihubungkan menjadi enam (6) sekutuan fasies yang menggambarkan beberapa subsekitaran, iaitu: pantai hadapan, muka pantai, dataran pasang surut, fluvium, . lagun dan delta. Gabungan subsekitaran­subsekitaran tersebut menunjukkan bahawa sekitaran pengendapan bagi Pulau Sebatik ini adalah sekitaran paralik. Sekitaran ini terbentuk melalui proses-proses seretan dan ampaian yang didominasi oleh pengaruh ombak dan pasang surut. Berdasarkan hasil kajian ini dan kajian-kajian terdahulu, didapati ianya adalah selari dengan sekitaran pengendapan formasi-formasi batuan di sebelah Indonesia dan tidak jauh berbeza dengan apa yang terdapat di Pulau Nunukan dan kawasan Sabah selatan seperti Formasi Kalabakan, Formasi Kapilit dan Formasi Simenggaris.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sebatik Island , Malaysia , Indonesia , paleoenvironment , sedimentary
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 06 Aug 2020 07:33
Last Modified: 06 Aug 2020 07:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25757

Actions (login required)

View Item View Item