Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah

Ajilin Tawan and Mohamad Nizam Nazarudin and Zakiah Noordin and Mohd Malik Tu and Norlijah Watinin (2020) Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 4 (1). pp. 1-12. ISSN 2550-2158

[img]
Preview
Text
Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah.pdf

Download (49kB) | Preview
[img] Text
Hubungan Motivasi, Kecerdasan Emosi Dan Efikasi Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Rendah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (717kB)

Abstract

Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Masyarakat menganggap bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh guru di era dunia yang sentiasa berubah kini menuntut pihak guru memikul tugas yang mencabar sehingga menjadi bebanan yang amat berat kepada mereka. Kesan tekanan pekerjaan tidak boleh dipandang ringan kerana tekanan boleh menjejaskan psikologi Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara motivasi, kecerdasan emosi dan efikasi terhadap kepuasan guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif bukan eksperimen iaitu berbentuk kajian deskriptif dan kajian korelasi. Seramai 297 orang responden dipilih dari populasi seramai 1308 orang dari 71 buah sekolah rendah yang terdapat di Daerah Ranau, Sabah menggunakan pensampelan rawak berkelompok. Soal selidik yang digunakan adalah Job Descriptive Index (JDI), Multifactor Emotional Intellegence Scale (MEIS), Teacher Sense Efficacy Scale dan Job Satisfaction Index (JSI). Tahap motivasi, efikasi dan kepuasan guru adalah pada tahap tinggi kecuali kecerdasan emosi berada pada tahap sederhana. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) Version 26. Hasil analisis ANOVA sehala mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi, kecerdasan emosi dan efikasi berdasarkan umur dan tahun pengalaman. Analisis ujian korelasi pula mendapati bahawa terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara motivasi, kecerdasan emosi, efikasi dengan kepuasan kerja. Berdasarkan dapatan kajian, antara implikasi kajian yang boleh diberi perhatian ialah amalan dan budaya yang telah meningkatkan tahap kepuasan guru di Daerah Ranau perlu dikekalkan, sebaliknya pihak pengurusan sekolah perlu melihat semula langkahlangkah yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan guru dalam aspek-aspek tertentu yang tahapnya masih rendah berbanding dengan yang lain.

Item Type: Article
Keyword: Motivation, emotional intelligence, effectiveness, satisfaction, teachers, primary schools
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1501 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Dec 2020 15:43
Last Modified: 15 Jan 2021 15:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26492

Actions (login required)

View Item View Item