Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

Nadeen Serina Marcell Usup (2014) Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kepekatan logam berat dalam spesies gastropoda di kawasan Tanjung Dumpil.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kepekatan dalam empat logam iaitu Kadmium (Cd), Kuprum (Cu), Plumbum (Pb) dan Zink (Zn) dalam spesies gastropoda seperti Cerithideopsilla djadjariensis, Chicoreus capucinus dan Nassarius dorsatus telah dikaji di kawasan Tanjung Dumpil. Lima stesen telah dipilih dan setiap stesen terbahagi pada tiga bahagian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah penghadaman kering bagi gastropoda menggunakan asid nitrik manakala kaedah aqua regia dengan campuran asid nitrik dan asid hidroklorik (1v:3V) bagi sedimen seterusnya dianalisis menggunakan Inductively Couple Plasma-Optical emission Spectrometry (ICP-OES) iaitu mesin pengesanan kandungan logam berat. Tambahan pula, julat kepekatan logam Cd, Cu, Pb dan Zn masing-masing bagi bahagian isi adalah 0.0051–0.0213 mg/kg, 0.0668–0.5690 mg/kg, 0.0028–0.0170 mg/kg dan 0.5055–14.0852 mg/kg manakala bagi bahagian salur pencernaan adalah 0.0071–0.0476 mg/kg, 0.4389–17.0108 mg/kg, 0.0055–0.0273 mg/kg dan 1.0615–57.3079 mg/kg. Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungkait antara kepekatan logam berat dalam air dan gastropoda iaitu logam Zn dalam dengan logam Zn dalam bahagian isi (p<0.05=0.021; r=0.344) dan salur pencernaan (p<0.05=0.034; r=0.320) spesies n. dorsatus. Hasil korelasi Pearson antara kepekatan logam berat dalam sedimen dan gastropoda spesies c. djadjariensis juga menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan iaitu antara logam Cd dengan logam Cd dalam salur pencernaan (p<0.01=0.001; r=0.462) manakala logam Cu dengan logam Cu dalam isi (p<0.05=0.018; r=0.355); logam Pb dengan logam Pb isi (p<0.01=0.008; r=0.391) dan salur pencernaan (p<0.01=0.007; r=0.399) serta logam Zn dengan logam Zn isi (p<0.05=0.030; r=0.328). Kesemua logam berat yang dikaji didapati tidak melebihi had yang dibenarkan oleh kedua-dua piawaian iaitu Akta Makanan Malaysia 1983 dan FAO.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals , Parr Bomb , gastropods , Tanjung Dumpil , nitric acid , aqua regia
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 17 Dec 2020 16:47
Last Modified: 17 Dec 2020 16:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26503

Actions (login required)

View Item View Item