Pembinaan Model Pemberitaan Islam di Malaysia

Siti Suriani Othman and Lee, Kuok Tiung and Liana Mat Nayan (2020) Pembinaan Model Pemberitaan Islam di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo (8). pp. 65-74.

[img] Text
Pembinaan Model Pemberitaan Islam di Malaysia.pdf

Download (35kB)
[img] Text
Pembinaan Model Pemberitaan Islam di Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (271kB)

Abstract

Keperluan mengkaji proses sosial dalam konteks tempatan adalah penting termasuklah bidang komunikasi. Persoalan sama ada wujud keperluan menjana pengetahuan baharu mengikut konteks sesebuah negara yang mengambil kira norma dan budaya tempatan menjadi penting berikutan sebahagian besar pengetahuan dalam pelbagai bidang kajian hari ini lebih dekat dengan nilai-nilai Barat yang ada-kalanya dilihat tidak sensitif dengan nilai-nilai lokal. Dalam bidang kewartawanan, kajian empirikal dan penjelasan tentang proses pemberitaan khusus kepada sesebuah negara mula dipergiat untuk menjana pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu proses tersebut. Dalam masa yang sama, wujud pandangan terhadap keperluan membina sesuatu model yang berlandaskan objektif dan nilai-nilai Islam meskipun ada juga pandangan yang sebaliknya. Idea ini timbul bukan atas dasar majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tetapi berasaskan kepercayaan nilai-nilai murni yang dibawa dalam ajaran Islam boleh dijadikan prinsip asas kewartawanan. Dalam erti kata lain, penyepaduan dua sistem pendidikan untuk menggabungkan sistem pendidikan Islam dengan sekular untuk mengembangkan kurikulum yang lebih komprehensif dan moden. Dengan itu, kertas kerja ini cuba membincangkan kedua-dua pandangan, dengan menjuruskan perbincangan dan menghujahkan bahawa pengetahuan berbentuk lokal adalah lebih berguna dan bermakna dalam menggagahi pelbagai bentuk transformasi sosial dan perkembangan ilmu di abad 21 ini.

Item Type: Article
Keyword: Islamization of Human Knowledge (IOHK), journalistic study, situated knowledge, Islamic communication
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Apr 2021 14:22
Last Modified: 16 Apr 2021 14:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26769

Actions (login required)

View Item View Item