Loceng amaran dunia

Jakaria Dasan (2008) Loceng amaran dunia. Utusan Borneo. p. 13.

[img]
Preview
Text
ar0000000004.pdf

Download (97kB) | Preview

Abstract

Pada ketika bom atom meletup di ketinggian 500 meter di udara daerah Urakami, Nagasaki. Dr. Tadashi Nagasaki sedang berada di Wad Radiologi bersama beberapa orang pelajarnya di University of Nagasaki yang terletak kira-kira 400 meter dari pusat di mana bom atom itu jatuh ke bumi. Pada jam 11:02 pagi, 9.8.1945, ledakan bom atom plutonium “Fatman� (sempena gelaran yang diberikan kepada Winston Churchill) di udara Nagasaki telah menghasilkan suatu tenaga luar biasa kuatnya dengan kelajuan 2,000 meter per saat menghancurkan dan memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya. Tenaga ini membawa bersamanya haba yang cukup panas, sepanas 9,000°F membakar segala yang ada hingga menyebabkan apa sahaja yang berada di permukaan bumi atau tidak terlindung dari impaknya akan mati atau musnah serta merta. Dr. Tadashi Nagai bukanlah suatu nama terkemuka dalam dunia sasterawan, ekonomi mahu pun politik. Beliau adalah seorang Dekan Program Radiologi di Fakulti Perubatan University of Nagasaki yang hanya dikenali selepas dentuman maha hebat di Nagasaki pada detik 9 Ogos 1945. Beliau dikenali dan diiktiraf dunia sebagai pejuang keamananan dari Negara Jepun melebihi tokoh tersohor dunia seperti Martin Luther King dari Amerika Syarikat, Nelson Mandela dari Afrika Selatan dan lain-lain lagi. Walaubagaimana pun disebabkan oleh sastera Jepun yang kurang mendapat publisiti di kalangan pembaca yang berorientasikan bahasa Inggeris maka kisah mengenai Dr. Tadashi Nagai ini hanya dapat diketahui jika membaca sebuah buku yang diterjemahkan oleh seorang penulis barat bertajuk “The Bells of Nagasaki.� Dan kisah beliau akan dapat lebih diselami jika anda berada di Urakami, Nagasaki, Jepun. Berdasarkan pada kisah beliau yang dibukukan dan lawatan ke Nagasaki, Jepun baru-baru ini, bahana dan impak sebiji bom berukuran tiga setengah meter panjang dengan ukurlilit 60 cm mengakibatkan kematian 73,884 orang secara serta merta dan 74,909 cedera parah dan meninggal dunia tidak lama selepas itu, hanya kerana mereka berada pada jarak 4 km di mana pusat jatuhnya bom atom itu.

Item Type: Article
Keyword: Hiroshima, Nagasaki, World War 2, Atomic bomb
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS801-897 Japan
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK9001-9401 Nuclear engineering. Atomic power
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 May 2011 16:29
Last Modified: 13 Oct 2017 11:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2699

Actions (login required)

View Item View Item