Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam pendidikan STEM sekolah rendah

Jamilah Ahmad and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2020) Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam pendidikan STEM sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (10). pp. 135-150. ISSN 2504-8562

[img] Text
Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam pendidikan STEM sekolah rendah-Abstract.pdf

Download (88kB)
[img] Text
Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam pendidikan STEM sekolah rendah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) telah dibina bertujuan mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam Pendidikan STEM sekolah rendah. Kajian ini bertujuan mennentukan kualiti instrumen UPSK melalui kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPSK melalui Model Pengukuran Rasch. UPSK adalah rangkuman soalan terbuka yang terdiri daripada sepuluh item dengan lima pecahan konstruk iaitu: pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti dan nilai. Sampel terdiri daripada 166 orang pelajar yang berusia 10 hingga 11 tahun dari sekolah-sekolah bandar di daerah Tawau, Sabah. Hasil analisis kesahan mendapati polariti item melalui nilai PTMEA-Corr menunjukkan bahawa kesemua 10 item berada >0.00 (+). Melalui analisis kesesuaian item, semua item masih dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam salah satu julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEACorr. Dalam analisis komponen utama (PCA), nilai Raw Variance Explained by Measures 66.8% (cemerlang) dan nilai Unexplained variance dalam kontras pertama di bawah 15% menunjukkan bahawa instrumen mempunyai keekadimensian yang kuat dan mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai 0.91 (sangat tinggi), kebolehpercayaan item 0.98 (cemerlang) dan responden 0.89 (baik) dengan nilai pengasingan item 7.97 dan responden 2.83. Kesimpulannya, UPSK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun lima di sekolah rendah di Sabah

Item Type: Article
Keyword: Kesahan , Kebolehpercayaan , Pemikiran sains keusahawanan , Model Pengukuran Rasch
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 May 2021 11:02
Last Modified: 27 May 2021 11:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27029

Actions (login required)

View Item View Item