Kesedaran beragama masyarakat Kundasang dan Ranau kesan daripada bencana gempa bumi

Suraya Sintang and Assis Kamu and Fatimah Sudirman (2020) Kesedaran beragama masyarakat Kundasang dan Ranau kesan daripada bencana gempa bumi. Jurnal Peradaban, 13 (2). pp. 23-45. ISSN 2636-9257

[img] Text
Kesedaran beragama masyarakat Kundasang dan Ranau kesan daripada bencana gempa bumi-Abstract.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Kesedaran beragama masyarakat Kundasang dan Ranau kesan daripada bencana gempa bumi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (281kB) | Request a copy

Abstract

Pada 5 Jun 2015 yang lalu, rakyat Sabah telah diuji dengan satu bencana gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau. Bencana yang mengakibatkan banyak kemusnahan alam sekitar, harta benda dan nyawa ini meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap penduduk Ranau dan Kundasang. Gegaran dengan skala richter 5.9 ini turut dirasai di daerah sekitar iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat dan Telupid. Perspektif Islam menjelaskan bahawa bencana atau musibah ini adalah ketentuan Qadha’ dan Qadar Tuhan kepada manusia. Bagi memahami kaitan antara agama dan bencana, maka kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesedaran beragama masyarakat Muslim di Kundasang dan Ranau kesan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 2015. Kesedaran beragama diukur melalui sikap masyarakat setempat dalam penyertaan upacara Posogit dan tindakan amalan beragama yang mereka lakukan selepas kejadian gempa bumi. Pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif di sekitar Kundasang dan Ranau dengan mengedarkan soal-selidik dan wawancara maklumawan (informan) kekunci dari kalangan pemimpin agama dan pemimpin masyarakat bagi mendapatkan maklumat tentang komitmen dan kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat Muslim selepas kejadian gempa bumi. Analisis statistik melalui jadualan silang dengan ujian khi kuasa dua Pearson telah dilakukan bagi melihat hubung kait antara latar belakang demografi penyahut (responden) iaitu kumpulan umur dengan sikap dan amalan mereka terhadap upacara Posogit. Hasil kajian menunjukkan bahawa umur mempunyai perkaitan dengan sikap dan amalan terhadap kepercayaan animisme iaitu upacara Posogit. Kesedaran beragama berada pada tahap sederhana dan disifatkan pada mulanya tinggi namun lama kelamaan semakin longgar. Kajian terhadap kesedaran beragama berupaya menyumbang kepada ketahanan diri dan kekuatan dalaman dalam menghadapi tekanan selepas bencana gempa bumi.

Item Type: Article
Keyword: Bencana , Gempa bumi , Kesedaran agama , Posogit
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jun 2021 08:20
Last Modified: 10 Jun 2021 08:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27183

Actions (login required)

View Item View Item