Integrasi permainan media Word Wall dalam pendidikan Sejarah

Lee, Ritchie Joon Woei and Soon Singh Bikar Singh and Balan Rathakrishnan and Zulfikar Rabe (2021) Integrasi permainan media Word Wall dalam pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (4). pp. 69-78. ISSN 2504-8562

[img] Text
Integrasi permainan media Word Wall dalam pendidikan Sejarah ABSTRACT.pdf

Download (132kB)
[img] Text
Integrasi permainan media Word Wall dalam pendidikan Sejarah FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (911kB) | Request a copy

Abstract

Trend terbaru menunjukkan bilangan murid yang lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah semakin menurun. Antara punca yang dikenal pasti ialah Sejarah merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan susah untuk dipelajari kerana terdapat pelbagai fakta yang perlu dihafal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai kesan pengintegrasian permainan media Word wall terhadap minat, motivasi dan pencapaian murid sekolah menengah dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah kajian kualitatif telah digunakan untuk mengumpul data kajian. 20 orang murid yang sering gagal dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan tujuan. Empat sesi pemerhatian telah dilakukan semasa aktiviti pembelajaran dan pemudahcaaan (PdPc) berlangsung dalam kelas dan temu bualsepara berstruktur telah dijalankan selepas empat minggu menjalankan aktiviti PdPc. Analisa data temu bual menunjukkan murid sekolah menengah mempunyai persepsi yang amat positif terhadap penggunaan permainan Word wall dalam pendidikan Sejarah. Di samping itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan permainan ini dalam PdPC Sejarah turut mengubah minat dan sikap murid untuk belajar mata pelajaran Sejarah yang amat sinonim sebagai mata pelajaran membosankan dalam kalangan murid sekolah. Aplikasi permainan ini juga berjaya meningkat motivasi intrinsik murid untuk belajar Sejarah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa permainan Word wall merupakan salah satu permainan teknologi alternatif yang dapat digunakan oleh guru untuk diintegrasikan dalam aktiviti PdPC agar dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian Sejarah di sekolah.

Item Type: Article
Keyword: Word Wall , Pendidikan Sejarah , Motivasi Intrinsic
Subjects: ?? LB1603 ??
?? LB2361 ??
L Education > LT Textbooks
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 14 Jun 2021 14:50
Last Modified: 14 Jun 2021 14:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27215

Actions (login required)

View Item View Item