Persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Molia Sebi Dinggai and Mohammad Tahir Mapa and Fionna George (2020) Persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (10). pp. 217-277. ISSN 2504-8562

[img] Text
Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah abstract.pdf

Download (34kB)
[img] Text
Persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Full Text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan,pihak swasta, pihak non-governmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yangtelah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilaipurataskordigunakan untuk menganalisis data bagimenjawab objektif kajian.Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu

Item Type: Article
Keyword: E-Sisa , Pemegang Taruh , Syarikat Swasta , Persepsi
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 18 Jun 2021 08:50
Last Modified: 18 Jun 2021 08:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27306

Actions (login required)

View Item View Item